Tak senang duduk bila ada hickey di badan terutamanya bahagian leher? Jangan risau, we got your back! Wanista ada caranya dan paling penting boleh hilangkan dalam semalam.
Sekadar info, hickey atau gigitan cinta (love bite) adalah tanda sementara pada pada kulit badan disebabkan oleh gigitan atau hisapan. Kebiasaannya hickey akan hilang dengan sendiri dalam masa 1-2 minggu.
Tapi… Kamu kena ingat tak semua cara yang penulis kongsikan ini akan berkesan dalam masa yang singkat. Kamu perlu tunggu sekurang-kurangnya 24 jam untuk lihat kesannya. Jadi tunggu apa lagi, semak 5 cara di bawah okay!
Aloe Vera
Aloe vera kaya dengan sifat anti radang dan antioksidan. Jika digunakan pada tempat yang lebam, ia boleh kurangkan pembengkakan dengan cepat.
Selain daripada merawat sunburn, aloe vera juga berkesan dalam mempercepatkan proses penyembuhan hickey. Tapi kamu perlu tahu, ianya tidak boleh hilangkan hickey dengan sepenuhnya.
Sapukan aloe vera pada tempat hickey tersebut. Bergantung pada tahap ‘parah’ hickey tersebut, sapukan sebanyak 1-3 kali sehari.
Kulit Pisang
Macam pelik tetapi kulit pisang mengandungi vitamin dan nutrien yang boleh mengurangkan penampakan lebam.
Cara gunanya, ambil bahagian dalam kulit pisang dan gosok pada lebam. Lakukan selama 30 minit atau sehingga kulit dalam pisang bertukar menjadi coklat. Ulang langkah ini beberapa kali sehari sehingga hickey hilang.
Beri Tekanan
Paling senang dan boleh dilakukan terus iaitu beri tekanan. Caranya mudah sahaja iaitu gosok dan beri tekanan yang lembut pada bahagian yang mempunyai hickey.
Kalau kamu nak tahu, gosokkan dan tekanan yang lembut tersebut boleh meningkatkan aliran darah dan menjadikan hickey tersebut kurang tegang.
Ingat, jangan terlampau gosok dan beri tekanan yang kuat kerana ia boleh menjadikan hickey kamu nampak lebih teruk dan susah untuk hilang dengan segera.
Trik Berus Gigi
Berus yang lembut berupaya membuatkan darah beku mengalir secara normal di mana lebam boleh dihilangkan.
Kamu pernah dengar tentang trik ini? Ada segelintir individu mempercayai trik ini berhasil dan dapat hilangkan hickey. Caranya adalah ambil berus gigi yang berbulu lembut. Berus bahagian hickey selama 10 minit.
Tapi jika gigitan atau hisapan terlalu kuat sehingga meninggalkan kesan hickey yang teruk, jangan haraplah trik ini akan berkesan pada kamu okay.
Gunakan Ketulan Ais
Paling ramai yang lakukan adalah gunakan ketulan ais. Tekanan sejuk daripada ais dapat mengurangkan aliran darah ke pembuluh darah.
Gunakan ais yang dibalut dalam tuala atau kain, malah cold compress juga berkesan. Gunakan selama 10 minit pada setiap jam selama sehari dan kamu dapat lihat kesannya.
Memang tak mudah nak hilangkan hickey, tapi jika kamu lakukan dengan betul jangan risau okay. Wanista harap perkongsian di atas dapat membantu kamu dalam menghilangkan hickey.
Selamat beramal!