“Say LALISA love me, LALISA love me”
BLINKS memang teruja menunggu debut solo BLACKPINK Lisa selama ini. Semalam Lisa telah melancarkan video muzik pertamanya iaitu ‘LALISA’.
Yang menarik perhatian Wanista adalah Lisa dilihat memakai pakaian sutera Thailand yang direka oleh ASAVA dari Thailand. Memang cantik sangat dan nampak padan dengan Lisa!
Angan-Angan Jadi Kenyataan
Di Instagram, ASAVA telah memuat naik lakaran awal pakaian tradisional Thailand yang dipakai oleh Lisa. Lakaran tersebut menampilkan jubah panjang berkilat, crop top dan wrapped mini skirt.
Menurut pereka dan pengarah kreatif ASAVA, Polpat “Moo” Asavaprapha mendedahkan kostum ini dibuat khas untuk ‘LALISA’ menggunakan sutera emas brokat tradisional Thailand.
“Lisa sangat menghormati asal usulnya. Bukan dengan hanya rap dalam ‘LALISA’ malah pakaian tradisional ini bertujuan untuk dikenali oleh orang ramai.”
Golden look ‘LALISA’ ini terdiri daripada pelindung payudara (sa-bai), kain sarong (zin) dan frontal pleats.
Sulaman Tangan Khas Untuk ‘LALISA’
Yang menariknya, kostum yang direka secara eksklusif untuk ‘LALISA’ ini telah dihasilkan secara sulaman tangan. Ianya telah ditenun dengan halus dengan corak kuno dari Wilayah Lamphun di utara Thailand.
Corak-corak kuno tradisional ini dihiasi lagi dengan hiasan kristal Swarovski.
‘LALISA’ Mahu Budaya Thailand Dipamerkan
Dipetik daripada AllKpop, akui Lisa, dia mahu peminat merasai suasana negara asalnya iaitu Thailand. Bukan sahaja dari segi kostum dan aksesori malah insturmentals juga dipengaruhi oleh muzik Thai.
“Saya meminta Teddy untuk memasukkan elemen Thailand dalam lagu. Malah saya juga memberitahu pengarah bahawa saya ingin memakai pakaian tradisional dalam video muzik. Hasilnya sangat cantik dan saya mahukan masukkan aspek-aspek negara asal saya dalam video muzik ini”- Lisa.
Tahniah BLACKPINK Lisa atas pelancaran MV ‘LALISA’ yang sangat perfect dan hebat! Bagi yang belum menonton MV ‘LALISA’, klik di bawah;