Pernah tak rasa tak tahu nak masak apa dan nak makan di luar, tapi… Bila tengok akaun bank dan dompet, hanya tinggal wang yang cukup-cukup sahaja untuk survive sampai hujung bulan?
Jangan sedih-sedih dan runsing okay! Wanista nak kongsikan dengan kamu 5 resepi rahsia yang sangat jimat dan cepat disediakan. Yang paling penting kesemua harga bahan-bahan masakan ini di bawah RM10 sahaja.
Kerabu Maggi
Bahan-bahan:
- Cili padi – 2 tangkai (tumbuk)
- Bawang merah – 2 biji (hiris)
- Jus limau nipis – 2 sudu
- Maggi Thai – 2 paket (celur)
- Serbuk perasa maggi Thai
- Tomato – 2 biji (hiris)
- Daun ketumbar (hiris)
- Lobak merah – 1/2 batang (hiris)
- Ayam / Sotong / Udang (celur) *
- Kicap sotong
- Garam
- Gula
(P/s: Bahan bertanda (*) adalah optional)
Cara-caranya:
- Maggi perlu dicelur terlebih dahulu sebelum ditoskan sebentar.
- Dalam satu mangkuk besar, masukkan maggi dan kesemua bahan yang lain.
- Gaul rata dan perasakan dengan jus limau nipis, kicap sotong, garam dan gula secukupnya. Gaul sebati dan siap!
Ayam Masak Kicap
Bahan-bahan:
- Ayam – 1 potong dada (goreng)
- Kicap manis – 1/2 cawan
- Bawang Holland – 1/2 biji (potong dadu)
- Cili merah – 1 biji (hiris)
- Daun kari – 1 batang
- Bawang merah – 3 ulas (kisar)
- Bawang putih – 2 ulas (kisar)
- Cili padi – 1 biji (kisar)
- Gula
- Garam
Cara-caranya:
- Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
- Bila minyak panas, tumis bahan kisar sehingga wangi.
- Kemudian masukkan ayam dan gaul.
- Masukkan kicap manis, bawang Holland, cili merah, daun kari dan gaul rata.
- Perasakan dengan gula dan garam dan siap!
Labu Masak Lemak
Bahan-bahan:
- Labu (potong dadu)
- Santan – 200g
- Air – 1 cawan
- Bawang besar – 1 biji (hiris)
- Cili merah – 2 biji (hiris)
- Ikan bilis – 2 sudu besar (basuh & tumbuk)
- Garam
- Daun kunyit
- Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
- Serai – 2 batang (ketuk)
- Lada hitam – 1 sudu kecil (tumbuk)
Cara-caranya:
- Masukkan kesemua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit ke dalam periyk. Rebus sehingga labu lembut.
- Apabila labu mendidih dan lembut, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan lada hitam.
- Masak sehingga mendidih sekali lagi sebelum tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi Goreng Kampung
Bahan-bahan:
- Ikan bilis – segenggam (basuh)
- Nasi sejuk – 2 cawan
- Sayur campur – 1 cawan
- Bawang merah – 3 ulas (tumbuk)
- Bawang putih – 2 ulas (tumbuk)
- Cili merah – 1 biji (hiris)
- Cili padi – 4 biji (tumbuk)
- Kicap
- Sos tiram
- Sos cili
- Garam
- Bahan perasa
Cara-caranya:
- Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
- Tumis bahan-bahan bertumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan sayur campur, kicap, sos tiram, sos cili dan masak sebentar.
- Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
- Kemudian masukkan garam dan bahan perasa.
- Akhir sekali taburkan ikan bilis digoreng dan cili merah dihiris di atas nasi goreng kampung tersebut.
Ikan Bilis Tempe Goreng
Bahan-bahan:
- Ikan bilis – 1 cawan (basuh & goreng)
- Tempe – 200g (goreng rangup)
- Bawang merah – 5 ulas (kisar)
- Gula
- Garam
- Cili kisar / cili boh
Cara-caranya:
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili kisar sehingga wangi dan masak.
- Bila cili kisar sudah masak, masukkan bawang merah yang dikisar dan tumis sehingga wangi.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
- Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis yang sudah digoreng. Gaul sehingga rata dan padamkan api dengan segera untuk kekalkan kerangupannya.
Itulah lima resepi yang mudah, cepat dan berharga di bawah RM10 sahaja. Kalau kamu tak ada idea nak masak apa dan perlu berjimat, jangan lupa untuk mencuba resepi di atas.
Happy cooking!