Wow! Seriuslah?!
Siapa yang sudah dapat suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap ataupun baru 1 dos? Kalau kamu nak tahu suntikan vaksin ini bukan sahaja penting untuk melindungi kamu daripada sakit teruk disebabkan virus COVID-19. Malah suntikan ini juga terbukti berkesan dalam melindungi kesihatan mental seseorang individu.
Nak tahu lebih lanjut tentangnya? Jom baca kupasan di bawah!
Terbukti Berkesan Rawat Masalah Kesihatan Mental
Dipetik daripada HuffPost, satu kajian telah dilakukan apabila penyelidik mendapati jumlah individu yang mengalami masalah kesihatan mental semakin meningkat sejak pandemik berlaku.
“Sepanjang pandemik berlaku, bilangan orang dewasa dalam kesihatan umum (termasuklah kesihatan fizikal dan mental) sangat buruk. Jumlah laporan mengenai kadar kecemasan dan/atau kemurungan lebih tinggi berbanding yang lain.”
Malah penyelidik juga mendedahkan suntikan vaksin COVID-19 terbukti lebih berkesan dalam merawat dan membendung tanda-tanda awal kemurungan dalam diri seseorang.
Bagaimana Vaksin COVID-19 Boleh Bantu Kesihatan Mental?
Untuk pengetahuan kamu, individu yang menerima suntikan vaksin tidak kiralah belum lengkap atau sudah lengkap, mempunyai keyakinan yang tinggi dan lebih positif. Ini kerana mereka yakin dapat ‘keluar’ daripada pandemik ini.
“Orang yang sudah divaksin mungkin kurang bimbang tentang kecenderungan untuk dijangkiti berbanding mereka yang tidak divaksin. Golongan ini lebih aktif secara sosial seperti mencuba peluang pekerjaan baru dan membaiki kehidupan yang terjejas.”
Jika sebelum ini, kadar kesihatan mental yang membimbangkan naik dengan mendadak, tetapi setelah golongan ini mendapat suntikan vaksin, kadar tersebut meningkat secara keseluruhan. Golongan ini juga tidak lagi tertekan dan bimbang sekiranya diri mereka akan dijangkiti secara teruk seperti mereka yang tidak divaksin.
Kamu juga perlu tahu bahawa suntikan vaksin COVID-19 bukan sahaja untuk menjaga diri kamu, malah vaksin ini turut menjaga orang sekeliling kamu. Jadi jangan lupa dapatkan vaksin COVID-19 dengans segera!