Nampaknya populariti bintang Netflix Money Heist makin menjadi-jadi, lagi pula sekarang sedang streaming musim kelima, satu dunia terasa kehangatan drama bersiri dari Sepanyol.
Watak Tokyo yang dimainkan Ursula Corbero pula mempunyai pengikutnya. Rata-rata peminat menyukai imej natural beauty dan brutal Ursula sehingga Vogue memanggilnya berkongsi rahsia kecantikan yang ramai nak tahu.
Mula Jaga Muka Umur 14 Tahun
Wanita 32 tahun ini memberitahu penonton bahawa dia mula menjaga kulit ketika berumur 14 tahun lagi. Produk penjagaan kulit dalam rutinnya termasuk termasuk pengelupasan, toner, eye patch, serum, krim mata, dan pelembap.
Penjagaan Mata Sangat Bernilai Baginya
Kalau anda perasan, Ursula menggunakan eye patch dan krim mata untuk penjagaan mata sahaja.
Ini penting kerana kulit di sekitar mata lebih nipis dan menunjukkan tanda-tanda penuaan lebih cepat daripada kawasan muka yang lain. Ketipisan menjadikannya lebih lembut, mudah terdedah kepada reaksi dan alahan daripada kulit wajah yang lain.
Sesudah prep muka, Ursula teruskan dengan solekan yang menyerlahkan lagi penampilan menawan dan badass seperti Tokyo.
Cantik betul kulit dia, cemburunya…