Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Rawat Dari Rumah, 5 Cara Awal Untuk Kawal Kegelisahan

by Soph.Azz
September 8, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ada sesetengah orang alami kegelisahan atau anxiety yang biasa seperti mahu lakukan persembahan atau berjumpa dengan orang baru. Tapi ada juga yang alami kegelisahan yang teruk dan tidak terkawal. Sampaikan mengganggu kehidupan peribadi dan aktiviti harian.

Memang stress bila nak atasi kegelisahan ini tapi jika kamu di peringkat awal, cuba lakukan 5 cara di bawah bagi membendungnya daripada menjadi lebih teruk.

Tidur 

Kenapa perlu tidur setiap kali rasa gelisah?

Sebenarnya tidak cukup tidur pun boleh mempengaruhi tahap tekanan dan gelisah. Jadi dapatkan tidur di antara 7 jam sehingga 9 jam dalam masa seminggu. Kemudian lihat sama ada kamu masih menjadi gelisah atau tidak selepas itu.

Foto – Pinterest

Insomnia boleh menjadi salah satu gejala kegelisahan yang biasa. Pada masa yang sama, hadkan screen time dan pengambilan kafein untuk membantu kamu dapatkan waktu tidur yang betul serta lengkap.

Kekal Aktif 

Tak semua orang suka bergerak secara aktif, ada yang lebih suka untuk duduk dalam rumah atau habiskan masa dengan tidur. Tetapi jika kamu mengalami kegelisahan, sebenarnya bergerak dan kekal aktif dapat membantu mengawalnya secara 100%.

Foto – Pinterest

Tak kisahlah sama ada kamu pelajari tarian TikTok, berjalan di taman permainan atau lakukan yoga, setiap pergerakan ini akan meningkatkan hormon endorfin iaitu hormon bahagia.

Aromaterapi 

Untuk pengetahuan kamu, aromaterapi ini melibatkan penggunaan minyak pati (essential oil) untuk meningkatkan mood, merehatkan badan dan mengurangkan kegelisahan. Jika kamu tidak tahu minyak pati manakah yang sesuai untuk merawat kegelisahan, Wanista syorkan kamu mencuba minyak pati;

IKLAN

  • Lavender
  • Ylang ylang
  • Buah limau gedang
  • Clary sage
  • Bergamont
Foto – Pinterest

Untuk guna minyak pati ini, ada beberapa caranya. Yang paling praktikal dan mudah adalah letakkan beberapa titis minyak pati kegemaran kamu di pergelangan tangan dan leher. Bau minyak pati tersebut akan membantu saraf kamu menjadi lebih tenang dan selesa.

Teknik Bernafas 

Perasan tak bila kamu jadi gelisah, secara automatik nafas menjadi tidak teratur dan degupan jantung naik mendadak? Nak atasi atau meredakannya, kamu memerlukan teknik bernafas yang betul iaitu box breathing.

GIF – Anahana Wellness

Proses box breathing hanya memerlukan 4 langkah sahaja dan ianya berkesan dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood kamu.

  1. Duduk tegak dan hembus perlahan-lahan melalui mulut untuk melepaskan udara keluar dari paru-paru.
  2. Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat untuk isi kembali udara ke paru dan bahagian perut.
  3. Tahan nafas selama 4 saat dan hembus keluar udara melalui mulut selamat 4 saat. Rasakan pergerakan keluar udara dari perut dan paru-paru.
  4. Kemudian tahan nafas selama 4 saat. Ulang proses No.1 sehingga No.3 selama 4 kali.

Ubat-Ubatan Herba 

Selain daripada bergantung pada ubat-ubatan klinikal, beberapa ramuan dan suplemen herba juga berkesan dalam mengawal gejala kegelisahan. Kalau kamu nak tahu, ubat-ubatan herba terbukti dapat membantu kamu berehat dan berasa lebih tenang.

Foto – Pinterest

Antara ubat-ubatan herba yang terkenal adalah lavender, lemon balm, chamomile, passion flower dan kava. Untuk mengambilnya kamu boleh ambil dalam bentuk kapsul, suplemen atau sebagai teh.

Sekiranya kelima-lima cara di atas tidak berkesan untuk kamu, segera dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor okay! Selamat beramal.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: 5 cara atasi anxietyAnxiety Disordercara atasi anxietycara atasi kegelisahan
Share8SendShare

Artikel Berkaitan

Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Soph.Azz
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by Lisa AG
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Soph.Azz
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by Lisa AG
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  5. 5

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.