“Rasa sakit cuping telinga, macam bengkak dan merah-merah.. kenapa ye?”
Kadangkala, kita sendiri mungkin tidak sedar bahawa berlaku sesuatu yang tidak normal pada cuping telinga dan menyangka ia hanya sekadar jerawat.
Oleh itu, jangan ambil mudah kerana ada sebab lain cuping telinga jadi begitu.
Kesan tindik telinga
Paling normal disebabkan oleh kesan tindik telinga. Cuping telinga bengkak dan kemerahan mungkin berisiko menjadi lebih teruk jika cuping telinga mengalami jangkitan atau alahan terhadap anting-anting yang dipakai.
Jangkitan telinga
- Foto – Insider
Satu lagi kemungkinan ialah disebabkan oleh jangkitan telinga luar yang dikenali sebagai otitis externa atau swimmer’s ear. Jangkitan ini adalah biasa dialami oleh golongan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun yang sangat gemarkan aktiviti berenang.
Alahan telinga
Kesan tindik telinga menyebabkan anda sebenarnya alahan pada material yang digunakan. Sebagai contoh, sebatian nikel yang selalu terdapat pada emas, perak, besi atau logam serta boleh menyebabkan kulit bengkak dan merah.
Ketumbuhan
Anda menyangka bahawa jerawat walhal ia adalah ketumbuhan. Ketumbuhan pada cupins telinga ini disebabkan oleh sista atau abses kulit – ketulan atau benjolan yang berisi dengan nanah.
- Foto – Health
Kebiasaannya, ia adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria dan ketumbuhan ini boleh terus membesar jika tidak segera dirawat.
Mastoiditis
Merupakan kesan jangkitan pada tulang mastoid yang terletak di bahagian dalam telinga dan mempunyai struktur unik berbanding tulang lain.
Jika cuping telinga anda berterusan bengkak dan merah pada jangka masa yang panjang, sila buat temu janji dngan doktor dikhuatiri perkara memudaratkan yang berlaku.