Pernah tak kamu ikut trik dan tips solekan di internet, akhirnya hasil solekan kamu tetap tak menjadi? Jangan bimbang, bukan kamu seorang sahaja yang mengalaminya.
Kali ini Wanista nak kongsikan dengan kamu 7 trik dan tips yang ‘wajib’ diketahui oleh setiap wanita. Paling mudah dan senang diikuti, memang menjadi solekan kamu selepas ini.
#1 Fuller Lips Ala-Ala Kylie Jenner
Memang goal sangat bibir Kylie Jenner, betul tak? Kalau kamu nak bibir macam itu tapi miliki bibir sedikit mungil atau nipis, tak menjadi masalah. Buat trik overlining melalui cara-cara berikut;
- Ambil lip liner dan lukiskan garisan di luar garisan bibir semula jadi.
- Sepanjang lukiskan garisan tersebut, jangan lupa untuk fokuskan pada Cupid’s bow dan bahagian tengah di bawah bibir. Kedua-dua bahagian ini penting!
- Setelah selesai melukis garisan, sapukan lipstick dalam kawasan garisan tersebut dan siap!
#2 Nak Lipstick Tahan Lebih Lama?
Pening juga ye apabila pakai sahaja lipstick tak kiralah mahal atau murah, semuanya tak tahan lama. Terpaksalah kamu curi-curi sapukan lipstick setiap kali ia ‘hilang’. Tapi jangan risau, ada caranya untuk kekalkan lipstick kamu dan bertahan lebih lama.
- Pakai lipstick seperti biasa.
- Kemudian tekapkan tisu di atas bibir untuk buang lebihan lipstick.
- Di atas tisu yang sama, ambil translucent powder dan sapu di keseluruhan bibir.
#3 Guna Sudu Untuk Pakai Maskara
Boleh menjadi comot solekan mata kamu gara-gara memakai maskara. Nak tahu cara yang lebih mudah dan senang? Rahsianya adalah sudu!
Cara-caranya:
- Letakkan hujung sudu di bawah bulu mata sebelum menggunakan maskara.
- Sapukan maskara di bulu mata seperti biasa dan lebihan maskara akan terkena di bahagian sudu.
#4 Padankan Warna Bibir Dengan Pipi
Nak nampak lebih sepadan dan semula jadi, apa kata kamu cuba padankan warna bibir dengan pipi. Nak lebih praktikal dan senang, gunakan lip crayon sebagai pemerah pipi dan bibir.
- Sapukan lip crayon warna kegemaran kamu di bibir.
- Kemudian sapukan lip crayon di belakang tangan untuk dijadikan pemerah pipi.
- Gunakan jari dan calit lip crayon di belakang tangan sebelum blend di pipi dan siap!
#5 Kenapa Perlu Panaskan Eyelash Curler?
Perasan tak kalau guna eyelash curler, bulu mata kamu tak akan melentik lama? Kalau kamu nak tahu ada rahsianya untuk buatkan bulu mata melentik dalam jangka masa panjang.
Cara-caranya:
- Panaskan eyelash curler di atas api
- Angkat dan biarkan sejuk sedikit untuk elak bulu mata terbakar.
- Kemudian, kepitkan bulu mata kamu seperti biasa dan siap!
#6 Cara Bentukkan Kening Yang Sempurna
First time buat kening, memang akan ada pelbagai jenis bentuk. Ada yang berbentuk seperti kening Shin Chan dan ada juga yang berbentuk kecil halus. Nak dapatkan bentuk kening yang sempurna, cuba lakukan begini;
- Sikat kening kamu dengan spoolie.
- Kemudian gunakan brow pencil untuk buat bentuk di bahagian luar kening dan bahagian hujungnya yang sedikit nipis.
- Bila sudah ada bekas bentuk kening, warna dan lukiskan ilusi bulu kening secara nipis.
- Akhir sekali, tambahkan dan blend highlighter di bawah kening kamu.
#7 Cat Eye Look, Gunakan Sudu Atau Pita Pelekat
Trending Cat Eye Look, memang sedikit susah untuk dapatkan hasil yang sempurna. Kalau untuk beginner, kamu boleh cuba lakukan Cat Eye Look menggunakan sudu atau pita pelekat.
Cara-caranya:
- Letakkan sudu atau pita pelekat pada mata.
- Kemudian ikut garis di tepi sudu atau pita pelekat.
- Ulang lagi sekali langkah No.2 dan lukiskan wing.
- Akhir sekali warnakan bentuk tersebut dan siap Cat Eye Look kamu!
Dengan adanya trik dan tips yang Wanista kongsikan di atas, memang lebih mudah dan on point mekap kamu selepas ini. Selamat mencuba!