“Gatal semacam rambut ni, banyak sangat kelemumur ke?”
Siapa ada masalah kelemumur, ini Wanista nak beritahu satu syampu yang berkesan untuk rawat rambut kelemumur. Pernah dengar Selsun Blue Dandruff Treatment Shampoo, botol warna biru yang bentuknya tak ubah persis minyak kereta?
Satu post di Facebook, netizen memberitahu sudah sebulan menggunakan syampu ini, dan memang masalah kelemumur hilang, rambut dah tak lagi rasa gatal-gatal.
Pakai dua kali seminggu dah nampak kesan pada rambut, kulit kepala pula terasa ringan dan lega sangat.
- Foto – FB Makan Sedap Johor
Diformulasikan Dengan Selenium Sulfide
Selsun Blue diformulasikan dengan Selenium Sulfide yang tidak hanya menyerang sumber kelemumur, tetapi ujian makmal juga menunjukkan bahawa ia adalah salah satu bahan yang paling berkesan untuk merawat kelemumur dan mengawalnya.
Disyorkan hanya guna dua kali seminggu dan bukan hari-hari, kerana bahan yang kuat.