Eh tak ada boyfriend ke?”
“Sampai bila nak single ni, tak nak kahwin ke?”
“Kawan kamu sudah ada anak seorang, kamu kekasih pun tak ada.”
Letih juga ye nak menjawab apabila sering ditanyakan beberapa soalan seperti di atas ketika berjumpa dengan orang. Kalau kamu nak tahu, sebenarnya kamu sedang mengalami single shaming.
Ye, single shaming ini adalah istilah baru untuk golongan yang masih dan sudah lama single. Jadi kamu rasa dari mana datangnya istilah ini sebenarnya?
Oh, Ini Rupanya Single Shaming!
Untuk pengetahuan kamu, sebenarnya istilah single shaming ini diwujudkan selepas seseorang individu sengaja atau tidak dalam cuba mengaibkan seseorang dalam konteks perhubungan.
Single shaming ini boleh terjadi dalam beberapa situasi dan perkara. Tapi kebiasaannya, ia akan terjadi melalui pertanyaan, komen sehinggalah lawak tentang seseorang yang masih single. Tidak kiralah sama ada rakan atau ahli keluarga mereka.
Tak Salah Pun Single Sebab…
Dipetik daripada Metro UK, 37% daripada 1000 orang yang mengambil bahagian dalam soal selidik Match mengaku mereka berasa tertekan akibat single shaming sejak awal pandemik.
Manakala menurut dating expert daripada Match, Harley Quinn mendedahkan bahawa tidak salah untuk golongan single berasa kecewa dengan komen atau pertanyaan tentang status perhubungan mereka.
Akui Harley memilih untuk menjadi single merupakan perkara yang terbaik dalam hidup. Tambahnya situasi ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan single untuk mengembangkan diri, melakukan self-care dan mengejar impian.
Nak Kena Buat Apa Kalau Kena Single Shaming?
Memang rasa nak marah dan mengamuk kalau kena single shaming. Tapi selepas ini kalau kamu terkena, jangan cepat melatah okay. Mari Wanista kongsikan trik dan tips untuk kamu atasi situasi ini dengan tenang.
#1 Jangan Hiraukan & Tukar Topik
Memang tak selesa apabila ada yang bertanyakan atau bercakap tentang topik perhubungan. Jadi bila orang tanya tentangnya, jangan teragak-agak untuk tidak hiraukan dan cuba untuk tukar topik.
Cuba utarakan beberapa topik yang hit atau menarik perhatian orang lain, seperti pesta atau percutian. Secara automatik mereka akan terlupa untuk bertanyakan tentang status perhubungan kamu.
#2 Diam & Jangan Jelaskan Apa-Apa
Ingat! Kamu sebenarnya tidak berhutang untuk menjelaskan kepada sesiapa pun tentang status perhubungan kamu. Jika ada yang bertanyakan tentang soal status hubungan, kamu boleh pilih untuk diam atau cuba untuk bertanyakan semula kepadanya.
#3 Ingat “Single Adalah Pilihanku Yang Terbaik”
Apabila orang bertanyakan tentang status hubungan kamu, jangan terasa hati tetapi ingatlah betapa gembiranya kamu menjadi single. Paling penting sekali, ingatlah bahawa kamu tidak perlu bergantung pada orang lain dan bebas melakukan apa sahaja yang kamu mahukan.
Malah kamu dapat menggembirakan diri kamu dengan keselesaan dan mempunyai banyak masa untuk self-care.
#4 Orang Bertanya Sebab Pedulikan Tentang Kamu
Kebiasaannya orang yang gemar single shaming ini berada di sekeliling kamu seperti rakan atau ahli keluarga. Walaupun kecewa dan sedih, tetapi anggaplah ia adalah berdasarkan keprihatinan mereka terhadap kamu.
Jadi jangan tunjuk bahawa kamu sunyi dan sedih, tetapi kamu adalah gembira walaupun masih single. Ingat, single bukan bererti hidup kamu sebenarnya sunyi okay!
#5 Jangan Ucap Kata-Kata Yang Malukan Diri Sendiri
Penting untuk kamu ingat, jangan sesekali mengeluarkan pernyataan yang memalukan diri sendiri ketika terkena single shaming. Elak daripada mengatakan tiada siapa mahukan kamu atau apa-apa yang negatif tentang diri kamu.
Malah kamu perlu cuba bercakap positif tentang diri dan kelebihan hidup single kamu seperti boleh mencapai apa yang kamu mahukan atau mempunyai masa yang lebih untuk menjaga ibu bapa.
Wanista harap entri kali ini dapatlah membantu golongan single dalam menghadapi single shaming. Bagi yang bukan single, ingat jangan pula kamu single shaming mereka yang single.