Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Nak Tahu Calon Suami Setia Atau Curang? Cuba Lihat Zodiak Ini

by Soph.Azz
September 2, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

247
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak dinafikan berkahwin semenangnya seronok dan menjadi impian bagi setiap pasangan. Tetapi pernah tak kamu terfikir karakter si dia akan berubah selepas berkahwin? Bukan apa, kadang kala bimbang juga jika si dia berubah menjadi seperti orang lain selepas mendirikan rumah tangga.

Jangan bimbang okay, jom semak zodiak calon bakal suami kamu di bawah. Sekurang-kurangnya kamu dapat meneka apakah karakternya selepas berkahwin.

P/s: Wanista senaraikan zodiak calon suami dari yang paling setia sehinggalah zodiak yang memiliki kecenderungan untuk curang dalam perkahwinan.

CANCER (22 Jun – 22 Julai)

Menduduki top ranking untuk calon bakal suami yang setia, lelaki dengan zodiak ini cenderung untuk bersikap jujur, setia, memiliki komitmen yang tinggi dan ingin hidup bahagia bersama pasangannya.

Foto – Pinterest

Pada masa yang sama, lelaki Cancer merupakan seorang yang emosional. Jika dia jatuh cinta, ia bermakna dia betul-betul jatuh cinta dan rasa itu akan bertahan dengan lama.

LIBRA (23 September – 23 Oktober)

Lelaki Libra merupakan calon bakal suami yang setia dan juga obses dengan cinta! Walaupun kerap insecure dan bimbang tetapi apabila mereka yakin dengan pilihan hatinya, tiada sesiapa yang boleh mengubahnya.

Foto – Pinterest

Individu ini juga akan memberikan keseimbangan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Yang paling best, mereka antara calon ayah yang terbaik!

SCORPIO (24 Oktober – 21 November)

Walaupun cepat cemburu, lelaki Scorpio ini juga terkenal sebagai calon suami yang setia. Mereka sangat setia dan sanggu berkomitmen terhadap pasangan untuk jangka masa yang lama. Malah lelaki Scorpio juga boleh menjadi rakan baik dan teman hidup kepada si isteri yang perfect!

Foto – Pinterest

GEMINI (21 Mei – 21 Jun)

Bukan sahaja setia dalam perkahwinan dan perhubungan, malah lelaki Gemini juga seorang lelaki yang akan mencintai pasangannya dengan sepenuh hati. Individu ini juga cenderung untuk lebih berjaya selepas berkahwin kerana sifat hormat mereka terhadap isteri yang dicintai.

Foto – Pinterest

PISCES (19 Februari – 20 Mac)

Nak calon suami yang kreatif, baik dan rasional? Carilah calon bakal suami yang memiliki zodiak Pisces. Bukan sahaja jatuh cinta dengan mendalam pada si isteri, malah setiap hari rasa cinta itu penuh dan bertambah.

Foto – Pinterest

Selain itu, lelaki Pisces juga boleh diharap ketika menjaga anak-anak. Malah individu ini juga tidak akan mengongkong pasangannya.

CAPRICORN (22 Disember – 19 Januari)

Kalau calon bakal suami kamu seorang Capricorn, memang kamu tidak akan menyesal! Lelaki Capricorn memiliki pelbagai ciri-ciri yang baik dan sangat kooperatif terhadap pasangan.

Foto – Pinterest
BACA:  Lihat Zodiak Pasangan, Baru Kamu Tahu Si Dia Setia Atau Tidak

Apabila mereka mempunyai komitmen, mereka akan sanggup lakukan apa sahaja bagi menjayakan perkara itu. Pada masa yang sama, lelaki Capricorn juga boleh menjadi tempat si isteri untuk bergantung dan percaya.

VIRGO (23 Ogos – 22 September)

Hati-hati kalau si dia memiliki zodiak Virgo. Bukan apa, jika menjadi suami kelak, si dia boleh menjadi suami yang baik tetapi si dia juga akan takut untuk terikat dengan komitmen.

Foto – Pinterest

Lelaki Virgo ini cenderung untuk bersifat paranoid dan obsesif. Manakala peluang untuk mereka setia dalam perkahwinan hanya sebanyak 50% sahaja.

ARIES (21 Mac – 19 April)

Jika memiliki hubungan dengan lelaki Aries, boleh menjadi mudah dan juga susah untuk kamu. Lelaki Aries memiliki pandangan yang kuat, senang dibawa arus dan selalu mahukan kawal semua perkara.

Foto – Pinterest

Lelaki Aries juga sukakan sifat individualiti iaitu rasa bahawa mereka sentiasa betul dan sering didengari. Jika kamu berkahwin dengan lelaki Aries, bersiap sedialah kerana mereka susah untuk mengalah jika mahu berkompromi.

LEO (23 Julai – 22 Ogos)

Meskipun lelaki Leo boleh mencintai pasangan dengan sepenuh hati, tetapi lelaki Leo juga merupakan individu yang sukar untuk bertenang dan kawal keadaan.

Foto – Pinterest

Jangan terkejut, lelaki Leo sangat sukakan bergaduh selain daripada tidak menghiraukan keinginan dan keperluan pasangan.

TAURUS (20 April – 20 Mei)

Memang kacau bilau dalam hubungan jika berkahwin dengan lelaki Taurus. Bukan apa, lelaki Taurus merupakan calon bakal suami yang sangat keras kepala. Mereka memiliki standard tertentu yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan dengan pasangan.

Foto – Pinterest

AQUARIUS (20 Januari – 18 Februari)

Lelaki Aquarius pula merupakan lelaki yang penuh dengan cita-cita. Jangan hairan jika sepenuh masanya dihabiskan dengan bekerja sahaja. Memang susah nak tarik perhatian lelaki Aquarius dalam perhubungan, jadi kamu jangan makan hati pula ye.

Foto – Pinterest

SAGITARIUS (22 November – 21 Disember)

Lelaki Saqitarius memang terkenal sebagai lelaki yang kuat curang dan tidak mampu untuk setia. Ini kerana mereka memiliki jiwa yang mahu bebas dan tidak terikat dengan perhubungan.

Foto – Pinterest

Sehingga belum menjumpai jati diri atau apa keinginan mereka, memang bermimpilah untuk kamu hidup bahagia dengan lelaki Sagitarius.

Jadi apakah zodiak calon suami kamu? Jangan lupa semak dengan cepat okay!

RUJUKAN

FILED UNDER calon suamizodiak calon suamizodiak curangzodiak setia
Share99SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.