Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Berus Pembersih Muka Tak Elok Untuk Kulit, Dr.Ingky Jelaskan Kenapa

by Lisa AG
September 1, 2021
Foto - Insider

Foto - Insider

40
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Di pasaran terdapat pelbagai jenama ultrasonic brush untuk pembersihan kulit muka. Apa yang membuatkan wanita tertawan kepada berus pembersih muka ini?

Sebenarnya berus pembersih muka sangat diminati kerana kesannya yang dapat meningkatkan peredaran darah serta menanggalkan sel kulit mati pada wajah dengan mudah dan selamat.

Berus ini direka khas untuk kulit muka, dan membantu pengelupasan dengan cekap dan menyeluruh. Tetapi penggunaan yang berlebihan boleh menjadi buruk pada kulit.

Bila Guna Berus Muka 5 Hingga 10 Minit

Menurut Dr Ingky, kebanyakan berus pembersih muka menyarankan penggunaan antara 5 ke 10 minit, ini yang akan menyebabkan bahaya pada kulit.

Menggunakan berus lebih kerap daripada yang disarankan, bererti anda mungkin mengalami ruam kerana kulit cenderung untuk sensitif. Bahkan boleh menyebabkan terbakar pada kulit sekiranya anda tidak berhati-hati.

IKLAN

Risiko Pengelupasan

Bila berus digunakan terlalu lama maka risiko pengelupasan pada kulit akan berlaku. Sebagai contoh peranti pembersih muka ini dicipta untuk membantu menghilangkan lapisan kulit mati.

Jadi, bila digunakan melebihi saranan ia akan menarik keluar skin barrier yang selama ini melindungi kulit, dan menyebabkan trauma pada epidermis kulit.

Berlakunya Iritasi Kulit

Bila over exfoliate maka kemungkinan berlakukan iritasi kulit yang berlebihan, seperti kemerahan, noda dan tona kulit tidak sekata. Lebih-lebih lagi jika anda guna berus dengan produk yang mengandungi bahan aktif seperti retinol dan sebarang asid yang kuat.

Kesimpulannya, daripada membeli berus yang mahal apa kata anda tukar rutin penjagaan kulit. Alternatif tukar menggunakan produk pembersih yang mengandungi glycolic acid, salicylic acid, lactic acid atau exfoliating toner untuk menanggalkan sel kulit mati dan melindungi liang pori.

Sebelum nak guna satu produk, pastikan ia baik untuk kulit!

Tags: bahaya berus mukaberus pembersih mukadr. ingkyjenama ultrasonic brushultrasonic brush
Share16SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

5 Ramuan Dalam 1 Formula, ABH Brow Genius Serba Baru Buat Kening Kamu…
Kecantikan

5 Ramuan Dalam 1 Formula, ABH Brow Genius Serba Baru Buat Kening Kamu…

August 16, 2022
Solekan Pengantin Tidak Lagi Bercapuk Dengan Asas Yang Betul, Semua Dari Rimmel!
Kecantikan

Solekan Pengantin Tidak Lagi Bercapuk Dengan Asas Yang Betul, Semua Dari Rimmel!

August 15, 2022
Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!
Kecantikan

Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!

August 14, 2022
Cara Betul Pakai Sleeping Mask, Baru Tak Mudah Naik Jerawat
Kecantikan

Cara Betul Pakai Sleeping Mask, Baru Tak Mudah Naik Jerawat

August 13, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  3. 3

    Hermes & Baju Kurung – Gandingan Tak Jemu Che’ Puan Besar Khaleeda Yang Mempesona

  4. 4

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.