“Kenapa dengan muka aku naik breakout, lepas guna retinol… normal ke macam ini?”
Siapa pernah mengalami keadaan ini? Normal ke muka breakout bila menggunakan retinol? Sangat normal dan kekal tenang, dan terus menggunakan produk tersebut. Sebenarnya muka kamu sedang berada dalam keadaan ‘purging’.
Purging merupakan satu keadaan pembersihan di mana kulit sedang adaptasi dengan produk baru yang mempunyai bahan aktif di dalamnya, sebagai contoh retinol.
Bahan ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus.
- Foto – Pinterest
Retinol Mampu Merawat Apa Jua Keadaan Kulit
Retinol adalah sejenis retinoid, yang dibuat dari vitamin A. Ia memiliki kemampuan untuk merawat keadaan kulit, mulai dari kedutan, garis halus hingga jerawat. Ia juga mampu meningkatkan keanjalan kulit, memicu pengeluaran kolagen, dan tekstur yang tidak rata.
Cumanya, beberapa minggu pertama penggunaan produk yang mengandungi retinol boleh menjadi pengalaman yang menjengkelkan dan mencabar.
Keadaan ini kerana kulit berada dalam fasa pembersihan atau tempoh penyesuaian. Dalam tempoh ini, jerawat mula keluar dan boleh bertambah buruk.
Fasa pembersihan biasanya berlaku selama dua hingga enam minggu, bergantung pada kulit anda juga. Jerawat yang keluar antara minor hingga cystic, serta kekeringan, kemerahan, dan mengelupas.
Nak Elakkan Breakout
Menggunakan retinol 30 minit selepas mencuci muka juga dapat mengurangkan kerengsaan kulit. Selain itu, mengurangkan penggunaannya setiap hari kepada secara beransur-ansur supaya produk dapat meningkatkan toleransi kulit terhadap retinol.
Oleh kerana risiko sensitif cahaya matahari, retinol retinol paling baik digunakan pada waktu malam.
Risiko untuk kesan sampingan juga mungkin lebih besar jika anda menggunakan lebih dari satu produk yang mengandungi retinol pada masa yang sama.
Baca label produk dengan teliti, terutamanya jika anda menggunakan kombinasi produk anti-penuaan dan jerawat, yang cenderung mengandungi retinol.
- Foto – The Times of India
Jika masih tiada perubahan dan kulit bertambah buruk, rujuk doktor untuk lebih pemerhatian.