Rambut yang sihat, lembut serta berkilat memberi keyakinan setiap wanita.
Untuk mengecapinya, anda boleh membuat sendiri rawatan rambut yang hanya menggunakan tiga bahan saja. Tiga bahan vegan ini menjadikan rambut anda lembut dan licin berkilat.
https://www.youtube.com/watch?v=nPBnJ4Rh6H8
Bahan-bahan DIY:
- 3/4 cawan minyak kelapa
- 3/4 cawan shea butter
- 1/2 cawan minyak zaitun
Langkah-langkahnya:
- Masukkan minyak kelapa, shea butter dan minyak zaitun untuk double-boiled.
- Kacau hingga cair sepenuhnya, kemudian angkat dari api.
- Bila campuran sedikit suam, apply ke rambut anda – elakkan akar rambut, jika anda mempunyai rambut yang berminyak secara semula jadi biarkan selama satu jam.
- Cuci dan syampu seperti biasa untuk mengeluarkan lebihan minyak. Sekiranya rambut anda halus dan mudah bercabang, cubalah menyikat rambut anda dengan perapi terlebih dahulu (ia dapat membantu melarutkan minyak lebih baik daripada syampu) kemudian cuci lagi.
Shea butter melembapkan rambut dan kulit kepala. Orang dengan tekstur rambut kerinting dan kasar mendapat manfaat daripada menggunakan shea butter untuk menjaga kelembapan pada rambut mereka dan meningkatkan kelembutan.
Selamat beramal!