Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

10 Bakeri Jual Roti Dan Pastri Paling Sedap Di Selangor

by IamLisa
August 26, 2021
Foto - Time Out

Foto - Time Out

7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Cuaca mendung dengan hujan memang syok dapat menikmati secawan teh atau kopi bersama manisan roti atau pastri.

Kali ini, Tourism Selangor berkongsi senarai lokasi bakeri di sekitar Negeri Selangor yang menawarkan jualan kek, roti serta pastri yang enak serta pelbagai.

Bakeri ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke lokasi anda untuk anda nikmati produk mereka sambil menjaga keselamatan diri dengan kekal berada di rumah.

Andra by Gula Cakery, Eco Ardence, Setia Alam

Foto – Tourism Selangor

Di sini, selain menawarkan pelbagai jenis roti dan pastri enak, juga menyediakan makanan utama seperti spageti, bolognese, aglio olio dan lasagna.

TK Bakery, Bandar Bukit Tinggi, Klang

Foto – Tourism Selangor

Diasaskan oleh pemilik yang berasal dari Confucius generasi yang ke-72, produk khas bakeri ini adalah tat telur selain menyediakan pastri barat dan juga pastri oriental.

Kobo Bakery, Puchong

Sebuah bakeri yang menghasilkan roti menggunakan teknik yang khusus dari penasihat tukang roti terbaik dunia dari Taiwan.

Foto – Tourism Selangor

Bakeri ini juga menggunakan pemeraman yeast buatan sendiri yang semula jadi untuk semua produk roti dan pastri mereka bagi mengeluarkan rasa dan tekstur yang unik.

Marc Et Farid, Telok Panglima Garang

Bagi peminat pastri Paris, inilah tempatnya! Marc Et Farid hanya menggunakan bahan berkualiti untuk menghasilkan produk mereka.

Foto – Tourism Selangor

Bakeri ini juga memfokuskan kepada penghasilan pastri ala Perancis seperti kek dan tat termasuk tat lemon, tat praline coklat dan banyak lagi.

Selaseh Dua by Cik Kiah, Gombak

Foto – Tourism Selangor

Diasaskan oleh tukang roti tempatan yang dikenali sebagai Cik Kiah, menyediakan pelbagai jenis roti dan pastri setiap hari yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Sugar and I, Subang Jaya Petaling

Foto – Tourism Selangor

Diasaskan oleh adik beradik, bakeri ini terkenal dengan citarasa Itali yang enak, seperti produk bomboloni mereka, roti donat yang berasal dari Itali. Pelbagai perisa bomboloni boleh didapati di sini seperti strawberi, nutella dan juga lotus biscoff.

FASO Patisserie, Setia Alam 

Mula beroperasi pada tahun 2020, FASO Patisserie merupakan bakeri yang juga menawarkan roti ala-ala Paris seperti, souffles mousses dan chocolate eclairs.

Foto – Tourism Selangor

Bakeri yang terletak di Setia Alam ini juga didekorasikan dengan konsep yang unik dan menarik untuk pelanggan nikmati hidangan pastri di kafe mereka.

Der Backmeister

Terletak di tingkat bawah Hospital KPJ Ampang, bakeri ini menyediakan roti dan pastri dari Jerman menggunakan bahan-bahan semula jadi sahaja.

Foto – Tourism Selangor

Rangkaian produk roti dan pastri mereka termasuk bavarian spelt vanille hörnchen, baguette, kirschtasche (cherry danish), croissant dan macam-macam lagi.

Dou Dou Bake, Petaling Jaya

Foto – Tourism Selangor

Dou Dou Bake adalah sebuah bakeri yang terletak di Petaling yang menawarkan pelbagai pastri buatan sendiri. Dengan formula khas penapaian yang digunakan, bakeri ini menawarkan pastri dan roti termasuk sourdough, croissant, croque, pain au dan banyak lagi.

Nanti bolehlah beli roti dan pastri di sini, pasti tak mengecewakan.

Tags: bakerikedai rotinegeri selangorpastritop 10 bakeri negeri selangorTourism Selangor
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.