Jangan ingat wanita saja yang perlu menjaga kecantikan diri, lelaki pun sama. Selain gunting rambut atau mencukur bulu, penjagaan kulit wajah juga sama pentingnya.
Kita mesti nak lihat pasangan kita miliki wajah yang ‘bersih’ seperti Henry Golding ataupun BTS Jin. Berikut adalah beberapa produk yang boleh lelaki gunakan untuk memulakan rutin penjagaan kulit.
Ole Henriksen Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer
Penting bagi lelaki untuk menjaga kelembapan kulit kerana kulit kering boleh menjadikan wajah lelaki kelihatan lebih tua dan kurang sihat.
- Foto – Sephora
Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, Ole Henriksen Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer yang ringan serta menyejukkan ini best dipakai.
Ole Henriksen Banana Bright Eye Crème
- Foto – Sephora
Penting untuk memastikan mata kelihatan terang dan terhidrat. Ole Henriksen Banana Bright Eye Crème, diformulasikan dengan pigmen mineral yang diilhamkan oleh serbuk pisang yang langsung mensasarkan garis-garis halus dan kedutan.
Skin Inc My Daily Dose of Armour Serum
Sekiranya anda miliki kulit jenis acne-prone, berminyak dan liang pori besar, gunakan Skin Inc My Daily Dose of Armour Serum.
- Foto – Sephora
Ia dibuat dengan kombinasi vitamin B3, ceramide dan licorice yang membantu membersihkan pori-pori tersumbat, mengawal sebum berlebihan, menguatkan fungsi penghalang semula jadi kulit, menenangkan keradangan dan mengurangkan kerengsaan.
Dr. Dennis Gross B3 Adaptive Superfoods
- Foto – Sephora
Tekanan harian boleh memberi kesan negatif pada kulit, memecah kolagen dan memperlahankan peredaran darah. Dengan rangkaian Dr. Dennis Gross B3 Adaptive Superfoods, sesuai untuk semua jenis kulit dan membantu memerangi tanda penuaan akibat tekanan.
Fenty Skin Buff Ryder Exfoliating Body Scrub
Penjagaan badan sama pentingnya dengan penjagaan kulit wajah! Fenty Skin Buff Ryder Exfoliating Body Scrub, direka untuk semua jenis kulit dan dikuasakan oleh bahan-bahan yang diilhamkan dari Carribean seperti ceri Barbados, minyak kelapa, delima, betik, dan nanas.
Ucapkan selamat tinggal pada kulit kering dan selamat datang kulit yang lebih sihat dan berseri. Kesemua produk boleh didapati di sephora.my.