Pernah tak kamu alami muka naik biji-biji, dan jerawat selepas menggunakan produk baru? Nak tahu itu mungkin disebabkan oleh ‘skin purging.’
Menurut Dr. Irma Skincare and Cosmetics, purging adalah satu keadaan pembersihan di mana apabila kulit anda sedang adaptasi dengan produk baru yan mempunyai bahan aktif di dalamnya.
Bahan aktif ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus.
Purging Berlaku Akibat Reaksi Bahan Aktif
Kulit anda berkemungkinan akan purging jika produk itu mengandungi bahan-bahan aktif seperti berikut:
- Foto – Skincare Edit
- Hydroxy Acids (asid glikolik, gluconolactone, asid lactic, lactobionic, asid malic, asid mandelic dan asid salicylic)
- Retinoid (adapalene, isotretinoin, retinol, retinyl palmitate, tazarotene, tretinoin) – ini antara ubat yang digunakan di dalam rawatan jerawat kronik
- Produk yang mengandungi kepekatan tinggi vitamin C seperti serum
- Produk exfoliant
- Benzoyl peroxide
Purging akan naik di tempat yang jerawat anda selalu naik. Contohnya kalau di dagu, maka dagulah lokasi purging akan berlaku. Kalau di tempat lain yang sebelum ini tidak pernah berlaku, maka itu mungkin breakout.
- Foto – Linkendl
Jadi, andai kata anda sedang menggunakan serum, dan tiba-tiba naik whiteheads, small zits atau jerawat halus, dan ia naik di tempat yang memang lazim jerawat selalu naik, kemungkinan besar itu adalah purging.
Jika Purging, Apa Patut Buat
Teruskan penggunaan produk tersebut seperti biasa namun kurangkan kuantitinya. Anda boleh kurangkan kekerapan kepada 1 hari sekali, iaitu pada waktu malam, atau pakai selang 2 ke 3 hari juga adalah satu cara untuk memberi masa pada kulit anda adaptasi pada bahan aktif di dalam produk.
Tempoh masa yang diambil untuk purging betul-betul hilang ialah 4 minggu, sesetengah orang mungkin lebih. Selepas itu, kulit anda akan lebih bersih dan licin apabil semua sel kulit mati sudah pun ditanggalkan dengan efektif dan transformasi kulit yang lebih sihat akan bermula.
Jadi, jangan risau kerana itulah purging!