Ramai bakal pengantin mungkin berasa tertekan menghadapi proses perancangan hari persandingan mereka. Hari yang penuh bermakna ini selalunya dikaitkan dengan upacara besar-besaran dan memerlukan persiapan jangka masa yang panjang, kadangkala mengambil masa berbulan-bulan, apatah lagi pada masa ini ketika pandemik sedang melanda. Dengan acara perkahwinan kini ditangguhkan akibat situasi pandemik, pihak Delegate tampil untuk memberi pertolongan secara digital dengan menghasilkan sebuah Virtual Wedding Festival yang amat gempak!
Berlangsung selama empat hari dari 10 pagi hingga 6 petang pada 7 hingga 10 Oktober 2021, Virtual Wedding Festival (Malaysia Edition) yang dikendalikan oleh weddingsmalaysia dan Delegate akan menampilkan lebih daripada 100 vendor kegemaran anda di Malaysia.
Susulan dari tiga edisi Virtual Wedding Festival di Singapura yang mendapat sambutan baik, acara ini bertujuan untuk memberi bakal pengantin peluang untuk melayari, bertanya dan menempah perkhidmatan perkahwinan secara online.
- Foto – Virtual Wedding Festival
Bagaimanakah majlis perkahwinan impian anda? Adakah ia merupakan sebuah majlis yang mudah dilupai ataupun sesuatu yang istimewa yang akan dihargai dan dijadikan kenangan oleh rakan dan keluarga? Virtual Wedding Festival adalah acara yang sesuai bagi anda untuk berinteraksi dan berurusan dengan peniaga-peniaga perkhidmatan perkahwinan – semuanya dari tempat kediaman anda dalam keadaan yang selesa dan selamat.
Acara ini akan menempatkan lima ruang pameran yang bertujuan untuk menepati pelbagai keperluan majlis perkahwinan sambil memenuhi citarasa bakal pengantin yang berbeza-beza. Setiap ruang mempunyai kategori tersendiri, termasuk Venue & Katering, Kecantikan & Fesyen, Bunga & Dekorasi, Fotografi & Videografi dan Perkhidmatan Lain.
Secara kesuluruhan, acara virtual ini akan menampilkan lebih dari 100 peniaga. Diantara peniaga yang mengambil bahagian termasuk Eastern & Oriental Hotel, Shangri-La Hotel, The Westin, Tailored Jewel dan banyak lagi.
- Foto – Virtual Wedding Festival
Bukan itu saja, acara ini juga akan dibuka secara eksklusif untuk rakan kongsi B2B pada 7 dan 8 Oktober di mana ketua-tua industri dapat memperkembangkan rangkaian dan menjalin kerjasama untuk menubuhkan kolaborasi yang lebih strategik.
Masih mencari sebab -sebab lain untuk menghadiri acara ini? Selain daripada melayari perkhidmatan perkahwinan, peserta Virtual Wedding Festival juga dapat menikmati pelbagai diskaun eklusif, memenangi hadiah dalam cabutan bertuah dan lain-lain lagi sepanjang tempoh acara berlangsung.
- Foto – Virtual Wedding Festival
Di samping itu, para peserta juga dapat mengikuti ceramah dan webinar di auditorium yang disampaikan oleh ketua industri, pengasas jenama dan pakar bidang. Topik-topik yang akan dikemukakan termasuk nasihat untuk merancang majlis perkahwinan serta panduan penting yang patut diutamakan bila merancang hari bahagia.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Virtual Wedding Festival sebagai peniaga, penceramah ataupun rakan kongsi, sila daftarkan minat anda DI SINI!
Mari mulakan perancangan perkahwinan anda di Virtual Wedding Festival yang akan berlangsung pada 7 hingga 10 Oktober! Yakinlah bahawa komitmen peniaga-peniaga kita adalah untuk membantu anda merancang HARI YANG SEMPURNA!