Bintang trek kelahiran Jerman, Alica Schmidt diangkat sebagai atlet wanita paling seksi di dunia.
Wanita muda ini sekarang sedang beraksi mewakili pasukan Jerman dalam larian berganti 4×400 wanita di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Bukan biasa-biasa, pelari yang ditaja oleh Puma telah bertanding selama bertahun-tahun. Sebelum ini, meraih pingat perak di Kejohanan Bawah-20 Atletik Eropah 2017 dalam larian berganti 4×400.
Pengikut Hampir Tiga Juta Di Instagram Dan TikTok
Alica memiliki hampir tiga juga pengikut di Instagram dan TikTok. Dia menggunakan platform dengan berkongsi kehidupan sebagai atlet dan model.
Bila ditanya mangenai status gelaran ‘paling seksi di dunia,’ atlet 22 tahun ini sekadar merendah diri dan bersikap sederhana saja.
“Saya tidak tahu mengapa saya mendapat gelaran ini. Sukan lebih penting. Terdapat ribuan gadis di Instagram yang kelihatan cantik dan masih tidak mempunyai sebilangan peminat,” jelasnya.
Raikan Alica Schmidt dengan koleksi gambarnya yang panas.
Good Luck Alica!