Rutin penjagaan kulit hari ini sangat merumitkan, dengan begitu banyak produk dan langkah, bagaimana anda nak tahu apa yang betul dan salah? Tapi satu langkah yang anda tidak boleh ketepikan adalah melembap. Kita semua memerlukannya, sama ada kulit anda berminyak, iritasi, atau pun jenis kombinasi.
Walau bagaimanapun, pakar dermatologi bersetuju bahawa pelembap bukan sahaja merupakan langkah penting dalam setiap rutin penjagaan kulit tetapi juga dapat membantu menenangkan dan mencegah jerawat – jika anda memilih formula yang tepat.
Semasa mencari pelembap untuk kulit yang mudah berjerawat, pakar mencadangkan cari pelembap bebas minyak dan bukan komedogenik adalah antara pilihan terbaik untuk jerawat.
Neutrogena Hydro Boost Gel-Cream
- Foto – Care To Beauty
Mengandungi asid hyaluronik dan gliserin, pelembap berfungsi dengan baik pada semua jenis kulit, tidak hanya untuk kulit kering tetapi juga kulit rosacea-prone.
La Roche-Posay Effaclar Mat Oil-Free Mattifying Moisturizer
- Foto – Indian Makeup & Beauty Blog
Pelembap bebas minyak tidak komedogenik, jadi cukup kaya untuk memberikan penghidratan yang betul sambil mencegah kemunculan breakout.
Cetaphil Moisturizing Lotion
- Foto – Shopee
Oleh kerana ramuan pencegah jerawat selalunya kuat dan kadang-kadang mengeringkan, jadi anda ingin mencari formula untuk mengurangkan jerawat tanpa merengsakan kulit sensitif. Pelembap Cetaphil ini bebas minyak, tidak komedogenik, dan ringan.
Bioderma Sébium Pore Refiner Cream
- Foto – Bioderma
Bahan utama termasuk glycolic and salicylic acid yang bekerjasama untuk mengelupas kulit dan menampakkan kulit yang lebih cerah.
Ini merupakan pilihan dermatologi, mungkin anda juga ada pilham sendiri. Boleh kongsikan dengan Wanista.