Pernah tak kamu lihat kawan atau sesiapa saja yang kamu kenal ada tabiat suka mengopek kulit, sama ada jerawat, kudis atau menggigit kuku atau bibir, sampaikan boleh berdarah jadinya? Tabiat tersebut sukar untuk dihentikan malah tidak dapat dikawal, mereka lakukan tidak kira masa.
Untuk pengetahuan, dalam beberapa kes, kebiasaan ini boleh berkembang menjadi kondisi kronik yang disebut ‘skin picking’ atau gangguan eksoriasi.
Bermula Daripada Dua Rangsangan
Semakin kerap orang mengopek kulit, semakin kurang kawalan terhadap tingkah laku mereka. Kajian menunjukkan gangguan bermula daripada dua rangsangan;
- Jangkitan, kecederaan, atau luka mula sembuh dan menimbulkan kudis. Gatal menyebabkan orang itu menggaru dan mengopek. Luka atau luka baru mula sembuh dan menimbulkan kudis yang lain. Itu yang menimbulkan kitaran mengopek.
- Tingkah laku untuk menghilangkan tekanan. Contohnya, tindakan berulang seperti mengopek kulit dapat memberi kelegaan, serta kepuasan dari keadaan yang tertekan, walaupun sehingga mencederakan diri sendiri.
Penyakit Berkait Rapat Dengan Tabiat ‘Skin Picking’
- Obsessive-compulsive disorder (OCD) – Gangguan kesihatan mental ini sering menyebabkan tingkah laku berulang yang sangat mengganggu kualiti hidup seorang.
- Body dysmorphic disorder – Orang sebegini mengalami pemikiran negatif yang obsesif tentang bagaimana tubuh mereka kelihatan. Ini menyebabkan mereka mula mencederakan kulit untuk menghilangkan ‘ketidaksempurnaan.’
- Depression – Kemurungan boleh menyebabkan pelbagai tingkah laku yang tidak jelas dan terkawal, termasuk skin picking.
Macam mana nak tahu tabiat skin picking itu normal atau sebenarnya satu penyakit? Orang yang mengalami gangguan skin picking pada kudis, lebam, jerawat, atau luka kulit yang lain sehingga ianya berdarah lagi atau menjadi radang.
Kadang-kadang, orang yang mengalami gangguan ini mencederakan lagi kulit yang sediakala sembuh. Ini adalah kitaran kebiasaan dan dorongan yang sangat sukar untuk dihentikan.
Gangguan skin picking boleh dirawat dengan bantuan terapi. Seorang profesional atau kaunselor kesihatan mental dapat membantu anda mengenal pasti pencetus yang menyebabkan skin picking. Kemudian, bersama-sama, anda dapat mengembangkan cara untuk menghentikan tingkah laku ini.