Terdapat pelbagai pilihan pencuci mekap di pasaran, termasuk cleansing oil, micellar water, wet tissue dan juga cleansing balm.
Cleansing balm mempunyai tekstur seperti krim kental, ia bertindak lebih pantas dari cecair pembersih mekap seperti micellar water mahupun cleansing oil untuk menanggalkan mekap, baik solekan jenis ringan mahupun berat, termasuklah mekap mata seperti maskara dan eyeliner yang sukar dihilangkan.
Kenapa Cleansing Balm Pilihan Tepat Untuk Cuci Mekap?
- Foto – Pinterest
Dibuat dengan bahan penghidratan seperti butter, minyak dan sejenisnya – balm ini mempunyai sifat melembap yang lebih banyak daripada jenis pencuci lain.
Ia juga merupakan pilihan yang sangat baik bagi mereka yang mempunyai kulit kering atau sensitif.
Cleansing balm adalah pembersih berkrim dan kaya dapat menghilangkan kotaran tanpa meninggalkan kulit anda kering dan minyak semula jadi.
Tidak seperti pembersih lain, balm boleh digunakan di sekitar kawasan mata untuk menghilangkan mekap mata kerana dibuat dengan bahan semula jadi yang tidak akan merengsakan kulit sensitif.
Kalau anda nak bertukar kepada cleansing balm, 5 pilihan jenama ini mendapat sambutan baik di kalangan wanita dan jurusolek.
Banila Co. Clean It Zero Cleansing Balm Original (BELI)
- Foto – Sokoglam
Glow Recipe Papaya Sorbet Enzyme Cleansing Balm (BELI)
- Foto – Glow Recipe
CLINIQUE Take The Day Off Cleansing Balm (BELI)
- Foto – Adore Beauty
Drunk Elephant Slaai Makeup-Melting Butter Cleanser (BELI)
- Foto – Popsugar
Farmacy Green Clean Makeup Meltaway Cleansing Balm (BELI)
- Foto – Farmacy Beauty
Selamat beramal!