Sarungkan jari manis yang tersayang dengan cincin berlian Koleksi DWA penuh gemerlapan dari Habib.
Habib memperkenalkan rekaan cincin berlian terbaru yang dinamakan Koleksi DWA. Nama DWA yang diilham daripada perkataan ‘dua’, cincin ini memberi ilusi seperti memakai dua bentuk cincin.
Cincin DWA ini mempunyai pelbagai rekaan yang unik berkonsepkan minimalis. Rekaan yang tampak ringkas ini adalah gabungan dua cincin yang dijadikan satu dengan kelainan fokus entiti bagi setiap satu.
Koleksi DWA inspirasi daripada pelbagai motif, antaranya galaksi bintang dan bulan, kerlipan di angkasa, flora dan fauna, lingkaran emas dan berlian, serta kasih sayang.
- Foto – Habib
- Foto – Habib
- Foto – Habib
- Foto – Habib
Rekaan ini juga sesuai dijadikan cincin peringatan, cincin tunang dan ianya boleh juga dijadikan hadiah untuk yang tersayang ataupun sebagai hadiah hari jadi dan ulang tahun.
Lebih-lebih lagi dengan harga yang ditawarkan yang mampu milik serendah RM799. Klik di sini untuk lihat koleksi lain Habib.