Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Jenis Panadol Kena Tahu, Mana Yang Kamu Patut Ambil

by IamLisa
July 5, 2021
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

243
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Terdapat begitu banyak jenis panadol! Mana yang harus saya ambil?”

Untuk pengetahuan kamu, panadol yang jual di pasaran ada jenis-jenisnya mengikut tahap kesesuaian kesihatan seseorang.

Panadol mengandungi paracetamol (PCM), diakui oleh profesion perubatan sebagai ubat yang berkesan untuk anda dan keluarga.

Paracetamol digunakan untuk merawat banyak keadaan seperti sakit kepala, sakit otot, artritis, sakit belakang, sakit gigi, selsema, dan demam. Ia melegakan kesakitan pada arthritis ringan tetapi tidak memberi kesan pada keradangan dan pembengkakan sendi.

Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)

Fungsi sodium untuk cepatkan penyerapan PCM dekat usus kecil. Jadi, kita akan dapat kesan dengan lebih cepat. Kerana kandungan sodium tinggi, tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Foto – Pharmacy

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

Panadol Optizorb (PCM 500mg)

Ada calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone. Ubat akan lebih cepat hancur dalam badan, PCM lebih mudah dan cepat diserap. Kesan seawal 15 minit. Tidak mempunyai sodium, jadi sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Foto – KPJ

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)

PCM + Caffeine untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat. Sesuai untuk headache, migraine, back pain, sakit gigi dan lain-lain. Walaubagaimanapun tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana kandungan caffeine.

IKLAN

Foto – Shopee

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam sehari.

Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)

Untuk pesakit yang susah nak telan ubat jenis tablet. Hanya larutkan ubat dalam 1 gelas air. Kandungan sodium tinggi, tak sesuai untuk pesakit yang ada darah tinggi.

Foto – Shopee

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam sehari.

Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg)

Untuk wanita yang ada senggugut masa datang haid. Pamabrom mempunyai kesan diuresis, boleh singkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.

Foto – Lazada

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

Panadol Extend (PCM 665mg)

Ada 2 layer untuk panjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubat akan lebih lama iaitu sehingga 8 jam. Sesuai untuk pesakit kronik.

Foto – Shopee

Dos: 2 biji setiap 6-8 jam 3 kali sehari

Maksimum dos untuk paracetamol ialah 4000mg atau 4gram sehari. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya.

RUJUKAN

Tags: actifastDarah Tinggiextendextraoptizorbpanadolparacetamolsoluble
Share97SendShare

Artikel Berkaitan

Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Soph.Azz
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Soph.Azz
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Suami Lemah Tenaga Batin, Ini Ubat Kuat Doktor Saran Boleh Guna

  2. 2

    [FOTO] Fesyen Hijau Marion Caunter, Mana Satu Paling Tarik Perhatian?

  3. 3

    Kasih Iris Leona, Fesyen Anak Azhar Sulaiman Ini Jadi Pilihan GenZ

  4. 4

    Hati-Hati Nak Ambil Pil Jerawat Accutane, 8 Kesan Sampingan Kena Tahu

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.