Berjaya membuktikan secara klinikal dapat mencerahkan kulit dan mengurangkan kedutan dalam 14 hari dengan produk AHC yang baru ini!
Jenama penjagaan kulit no.1 di Korea Selatan memperkenalkan Luminous Glow Eye Cream for Face di Malaysia. Produk ini memberikan kesan rejuvenasi dan menawarkan rawatan pencerahan kulit premium dari Korea Selatan menerusi krim pencerah 2-dalam-1 bagi mata dan wajah.
AHC Luminous Glow Eye Cream For Face 2-dalam-1
Sejenis produk multi-dimensi yang mampu mengatasi lebih 8 masalah kulit dalam satu langkah mudah bagi mencapai kulit lebih cerah dan berseri.
- Foto – AHC
Luminous Glow Eye Cream for Face mengandungi sejenis bahan baharu yang eksklusif daripada AHC, iaitu Gluta-I ™ Complex, gabungan bahan yang unik dan khusus, yang menawarkan manfaat kulit berseri dan anti-penuaan bagi produk ini.
Khusus Untuk Wanita Asia Tenggara
Istimewa produk ini dibangunkan khusus untuk wanita Asia Tenggara. Ia menampilkan gabungan ramuan termasuk glutathione yang kaya antioksidan, alpha-bisabolol yang melegakan kulit, derivatif vitamin C, asid hialuronik yang mencerahkan kulit, serta adenosin untuk merangsang penghasilkan kolagen.
Teknologi mikro kapsul yang dipatenkan dapat menstabilkan komponen aktif dalam Gluta-I™ Complex, sekaligus meningkatkan penyerapan bagi menyerikan lagi kulit. Untuk keputusan terbaik, disarankan untuk digunakan di sekitar mata dan wajah, dan kemudian diurut dengan lembut untuk meningkatkan penyerapan.
- Foto – AHC
Luminous Glow Eye Cream for Face didatangkan dalam dua saiz, iaitu 30ML dan 12ML yang masing-masing berharga RM99 dan RM42.
Berminat, anda boleh dapatkan di Watsons, SASA, Lazada, Shopee, Zalora dan Hermo. Untuk maklumat lanjut mengenai AHC, layari laman web rasmi di sini.