Sunscreen sangat penting untuk perlindungan anda. Sunscreen yang baik bukan saja dapat membantu melindungi anda dari sinaran UV yang kuat, ia juga dapat membantu menghentikan penuaan pramatang, mengurangkan selaran matahari yang menyakitkan, dan juga mengurangkan risiko barah kulit.
Walaubagaimanapun, mencari yang sesuai dengan anda tidak begitu mudah. Penjagaan kulit orang Korea memang lama didambakan, salah satu rahsia mereka adalah penggunaan krim pelindung matahari. Berikut beberapa sunscreen yang diformulasikan cukup elegan dan sesuai untuk orang-orang yang berwarna.
COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 (BELI)
- Foto – Cosrx
Diformulasikan dengan Aloe Arborescens Leaf Extract, sunscreen ini menenangkan, sangat ringan sehingga terasa seperti pelembap, dan tidak meningggalkan warna putih.
NEOGEN Dermalogy Day-Light Protection Sunscreen SPF 50/PA+++ (BELI)
- Foto – Soko Glam
Sunscreen ini melindungi sepanjang hari, asas yang baik sebelum bersolek kerana tidak meninggalkan kesa putih atau rasa berminyak pada kulit. Ia juga menawarkan penghidratan ringan kesan dari esktrak mawar dan raspberi.
Dr.G Green Mild Up Sun SPF 50+ (BELI)
- Foto – Pinterest
Perlindungan hebat dari 100% zink oksida tulen. Sunscreen ringan hipoalergenik melindungi kulit sensitif daripada sinaran UV dan cahaya biru yang bahaya. Formula tidak melekit tanpa meninggalkan warna putih.
PURITO Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++ (BELI)
- Foto – Purito
Walaupun 70% berasas air, tapi sunscreen ini tidak meninggalkan kesan melekit dan memberi perlindungan secukupnya, terhasil dari formula Cica.
Sebenarnya banyak lagi sunscreen dari Korea yang baik, tapi jenama di atas paling sesuai pakai untuk cuaca Malaysia, senang cerita tak melekit dan buat kulit bercapuk.
Cuba ceritakan dengan Wanista, sunscreen favorite korang?