Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Sampai Bila?! Kenapa Agaknya Ada Orang Sanggup Hidup Dalam Hubungan Toksik

by Lisa AG
November 24, 2021
Foto - LifeHack

Foto - LifeHack

66
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Terus berada dalam perhubungan toksik sangat tidak menyihatkan. Sampai bila nak berpura-pura sedangkan kamu sedang sakit dan merana?

Tapi pernah ke kita bertanya kenapa ada wanita yang sanggup meneruskan perhubungan toksik ini walhal mereka tahu akan kesengsaraannya?

Takut Dengan Kesunyian

Menurut sebuah kajian, rasa takut untuk bersendirian menyebabkan ramai hidup dalam hubungan yang merosakkan, dengan alasan bahawa lebih baik empunyai pasangan yang tidak sempurna daripada menjadi bujang.

Foto – Talkspace

Masyarakat kadang-kadang boleh membuat orang berfikir bahawa bujang atau bersendirian adalah perkara negatif, walhal pada hakikatnya, sama sekali tidak ada yang salah dengannya.

Mempunyai Harga Diri Yang Rendah

Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai harga diri yang rendah mempunyai kecenderungan untuk tinggal dalam hubungan yang tidak sihat.

Kerana berada dalam hubungan toksik sekin lama, mudah bagi orang untuk terjebak dengan kepercayaan bahawa mereka bersalah atas tingkah laku toksik pasangan mereka.

Percaya Bahawa Keadaan Akan Berubah

Kebanyakan orang yang berada dalam hubungan toksik kadang-kadang berpegang teguh kerana mereka mencintai pasangannya dan percaya bahawa sesuatu akan bertambah baik suatu hari nanti atau hubungan itu dapat diselamatkan.

Foto – The Healthy

Mereka juga mungkin menganggap bahawa tingkah laku pasangan mereka yang tidak sihat adalah hasil dari keadaan yang sukar. Tetapi pada hakikatnya, tingkah laku itu bertambah buruk dari masa ke masa.

Takut Akan Penolakan

Sebab lain mungkin kerana penolakan. Mereka kekal berada dalam hubungan toksik kerana mereka takut ditolak di masa depan, jadi mereka memilih terikat dengan pasangan sekarang.

Orang yang takut ditolak boleh mengalami kesukaran untuk mengekspresikan diri, menyatakan pemikiran mereka, dan berdiri sendiri.

BACA:  Belajar Dari Kisah Lesti Kejora-Rizky Billar, Ini Ciri-Ciri Hubungan Yang Abusive & Toksik

Tanya pada diri ‘sampai bila nak menangis dalam perhubungan yang toksik ini?’ Hubungan yang sihat bila mana pasangan satu sama lain menghormati, toleransi dan saling menyayangi, serta menerima diri seadanya.

FILED UNDER hubungan toksikpercintaan toksiktoksik
Share26SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.