Penulis pernah menggunakan produk Tabita ketika zaman belajar dahulu. Memang seronok melihat perubahannya, kulit jadi putih gebu, bebas jerawat dan sentiasa bersinar-sinar, tak payah pakai sebarang mekap pun.
Tapi bila kecoh, Tabita Skincare ada bahan beracun seperti merkuri, penulis henti penggunaannya kulit jadi kemerahan dan timbul jerawat. Tapi kenapa masih ada ramai lagi menggunakan Tabita Skincare walhal merbahaya. Tapi betul ke Tabita bahaya?
@druglordfxdl Reply to @aqdamienaffens Hi nah Tabita anda 💜 Harap membantu
Tiga Produk Tabita Skincare Mengandungi Bahan Terlarang
Tabita Skincare telah diharamkan oleh Health Sciences Authority (HSA) kerana mengandungi merkuri, hydroquinone dan tretinoin.
Health Sciences Authority memberi amaran kepada orang ramai tentang tiga jenis produk kosmetik Tabita, yang diuji dan didapati mengandungi bahan yang tidak diisytiharkan, iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin. Produk terjejas adalah:
- Tabita Skincare Smooth Lotion
- Tabita Skincare Daily Cream
- Tabita Skincare Nightly Cream
@shifaolshopmedan gak percaya?? coba deh order!! @shifaolshopmedan #tabitaskincareoriginal #tabitaskincare #medan #tabitamedan
HSA diberitahu tentang produk ini setelah menerima laporan kejadian buruk pengguna mengalami ruam pada wajah dan lehernya dan laporan lain mengenai keputihan kulit yang tidak dijangka setelah menggunakan Tabita.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhenti menggunakan dan membuang produk yang terjejas kerana boleh menyebabkan kesan berbahaya.
Kenapa Ianya Bahaya?
Hydroquinone dan tretinoin adalah bahan kuat yang digunakan dalam ubat-ubatan preskripsi untuk merawat keadaan kulit dan dilarang dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Akta Produk Kesihatan.
Bahan-bahan ini hanya boleh digunakan di bawah pengawasan perubatan kerana boleh menyebabkan kesan bahaya jika tidak digunakan dengan betul.
@fredahazil My Secret Skincare Routine That I’ll Naver Stop! #tabitafreda #tabitaskincare #fyp#skincareroutine#tiktokmalaysia
Penggunaan hydroquinone yang tidak betul dapat mengakibatkan perubahan warna kulit, hipersensitiviti, dan peningkatan risiko barah kulit. Penggunaan tretinoin yang tidak betul dapat menyebabkan kemerahan pada kulit, mengelupas, dan parut pada kulit.
Penggunaan merkuri sebagai bahan dalam produk kosmetik juga dilarang. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan biasa boleh menyebabkan kebas pada kulit, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit dan bintik-bintik.
- Foto – Shopee
Dah tahu diharamkan penjualannya, jadi masih lagi nak mempersoal dan terus membeli serta menggunakan Tabita Skincare. Nak cari skincare yang berkesan dengan kulit, cari yang lulus KKM dan dijual di saluran yang betul.