Di pasaran terdapat banyak ubat jerawat, ada yang baik tapi kalau tidak digunakan dengan cara yang betul, boleh makin binasa jerawat. Fokus utama nak merawat dan menghilangkan jerawat, tapi tiada sebarang kesan berlaku.
Anda pernah merawat jerawat dengan ubat ‘Tretinoin’? Tretinoin dikategorikan sebagai ubatan preskripsi yang diguna untuk merawat jerawat pada tahap ringan dan sederhana. Ubat ini juga digelar retinoid topikal, ubat-ubatan yang berasal daripada Vitamin A.
Bagaimana Tretinoin Berfungsi?
Sebelum kita purchase sesuatu produk, mesti nak tahu bagaimana produk ini boleh membantu sekaligus merawat kulit kita.
- Foto – Hello Doktor
- Tretinoin berfungsi sebagai comedolytic, untuk mengelak penyumbatan liang pori daripada berlaku. Apabila liang pori bersih tidak tersumbat, jerawat dan bintik hitam tidak dapat terbentuk.
- Mempercepatkan kadar perolehan sel, menyingkirkan sel kulit mati dengan cepat dan mengurangkan pengumpulan sel-sel mati di dalam folikel (pori).
- Tretinoin membantu rawat keradangan jerawat lagi-lagi yang jenis komedonal (yang ada banyak blackheads dan whiteheads).
- Membantu kulit anda dalam mengatur pengeluaran minyak semula jadi (sebum), yang boleh mencegah risiko jerawat masa hadapan.
- Ia mengandungi sifat anti radang, yang menolong membersihkan jerawat pustules aktif (jerawat bernanah).
Manfaat Tretinoin Untuk Parut Jerawat
Tidak hanya jerawat, Tretinoin juga dapat digunakan untuk mengurangkan penampilan parut jerawat. Disebabkan sifatnya mempercepat pergantian sel pada kulit anda, ia dapat mendorong pertumbuhan sel baharu di tempat berparut.
- Foto – Huffpost
Bahan ini juga kadangkala digunakan untuk menyiapkan kulit bagi rawatan pengelupasan kimia (chemical peel) yang mensasarkan parut.
Cara Pakai Tretinoin Dengan Betul
Ubat jerawat memang boleh menyebabkan kekeringan sehingga berlakunya pengelupasan, tetapi dengan cara yang betul dapat mengurangkan rasa tidak selesa itu.
- Guna ubat mengikut saranan doktor, pakai banyak tak mesti berkesan.
- Pakai pelembap lembut, bebas minyak dan non-medicated untuk atasi kulit kering yang dialami.
- Sekiranya kering dan mengelupas, guna ubat secara selang hari buat sementara waktu. Setelah kulit terasa lebih baik, anda boleh mula menggunakannya setiap hari semula. Cuba gunakan pelembap terlebih dahulu dan kemudian baru menyapu Tretinoin di bahagian atas.
- Kalau kulit senang alami iritasi, cuba guna dalam waktu yang singkat, seperti sejam atau lebih, dan kemudian terus basuh.
Beli Di Premis Farmasi Yang Sah
Bila nak beli uubat Tretinoin, anda perlu mengetahui bahawa ubat dengan nombor pendaftaran MAL yang diakhiri dengan ‘A’ dikategorikan sebagai ubat terkawal. Oleh itu, ubat terkawal tidak boleh dijual secara dalam talian.
Pengguna dinasihati agar mendapatkan ubat atau produk kesihatan daripada premis farmasi komuniti yang sah. Elakkan membeli ubat-ubatan atau produk kesihatan daripada laman sesawang yang diragui.
- Foto – Medical News Today
Sebaiknya bila nak guna ubat jerawat, dapat rujukan pakar terlebih dahulu. Kenali jenis kulit dan masalah kulit agar mendapatkan ubat dengan dos yang betul. Ubat tersebut mestilah mendapat kelulusan dan tidak memberi kesan sampingan yang memudaratkan.
Selamat beramal!