Kuali nonstick pilihan setiap wanita. Sangat sesuai untuk penkek, menggoreng makanan sejuk beku, telur dan sebagainya. Ia sangat berguna untuk memasak kerana kelebihannya tidak melekat.
Tetapi terdapat kontroversi mengenai kuali nonstick jenis Teflon. Beberapa sumber mendakwa Teflon berbahaya dan dikaitkan dengan risiko kesihatan seperti kanser, malah ada juga menegaskan bahawa ia peralatan memasak yang selamat.
Kenali Teflon
Peralatan memasak nonstick dilapisi dengan bahan yang disebut polytetrafluoroethylene (PTFE), dikenali sebagai Teflon.
Teflon adalah bahan kimia sintetik yang terdiri daripada atom karbon dan fluorin. Pertama kali dibuat pada tahun 1930-an, dan menyediakan permukaan yang tidak bertindak balas, tidak melekat dan hampir tanpa geseran.
- Foto – Teflon Coating
Permukaan yang tidak lekat menjadikan alat memasak bersalut Teflon senang digunakan dan senang dibersihkan. Ia juga memerlukan sedikit minyak atau mentega, menjadikannya cara yang sihat untuk memasak dan menggoreng makanan.
Walau bagaimanapun, sejak sedekad yang lalu, keselamatan peralatan memasak nonstick telah disiasat. Kebimbangan tersebut terbit apabila bahan kimia yang disebut perfluorooctanoic acid (PFOA), digunakan untuk menghasilkan alat memasak nonstick.
PFOA telah dikaitkan dengan sejumlah keadaan kesihatan, termasuk gangguan tiroid, penyakit ginjal kronik, penyakit hati dan kanser testis, malah dikaitkan dengan kemandulan dan perkembangan anak-anak.
Risiko Teflon Bila Terlalu Panas
Hari ini, semua produk Teflon bebas PFOA. Oleh itu, kesan kesihatan pendedahan PFOA tidak lagi menjadi perhatian.
Secara umum, Teflon adalah sebatian yang selamat dan stabil. Tetapi menjadi kebimbangan sebilangan pakar apabila Teflon menjadi terlalu panas.
- Foto – Teflon
Dipetik dari National Institutes of Environmental Health Sciences in North Carolina, apabila kuali terlalu panas, lapisan PTFE mulai hancur.
Bila Teflon hancur, ia melepaskan sejumlah gas toksik. Dalam keadaan yang jarang berlaku, pernafasan dalam asap kimia ini boleh menyebabkan demam polimer.
Demam polimer terdiri daripada gejala sementara, seperti selesema, demam, sakit kepala dan sakit badan. Permulaan berlaku selepas 4-10 jam pendedahan, dan keadaan biasanya hilang dalam masa 12-48 jam.
Sebilangan kecil kajian kes juga melaporkan kesan sampingan yang lebih serius terhadap pendedahan Teflon yang terlalu panas (overheating), termasuk kerosakan paru-paru.
Selamat Digunakan Selagi Tidak Melebihi Suhu Panas
Kesimpulan, alat memasak nonstick dan Teflon benar-benar selamat untuk digunakan, selagi suhu tidak melebihi 570 ° F (300 ° C).
Anda boleh menggunakan alat memasak nonstick anda di atas dapur pada suhu rendah hingga sederhana, tetapi jangan gunakannya pada suhu maksimum.
- Foto – Junk Removal
Tetapi dalam beberapa kes, lebih baik buang saja Teflon, terutamanya jika anda hamil, menyusu atau mempunyai anak kecil. PFOA khususnya berkaitan dengan masalah perkembangan anak-anak.