Ikut tak siri Netflix ‘Girl From Nowhere’ dari negara sebarang Thailand? Siri thriller supernatural yang agak gelap penuh dengan misteri seorang remaja perempuan bernama Nanno, lakonan Kitty Chicha Amatayakul.
Ada ura-ura Nanno merupakan anak syaitan dan kekal abadi, disebabkan itu dia berada di mana-mana tanpa rasa gentar dari pelbagai ujian dan halangan. Kitty sendiri dalam satu wawancara ada menjelaskan bahawa Nanno bukan hantu seperti yang orang ramai fikirkan.
“Dia bukan hantu, tapi dia juga bukan manusia biasa. Dia seperti anak syaitan atau ular dari Taman Eden yang datang ke bumi untuk mengajar manusia. Dia di sini untuk menguji manusia yang jahat.
“Saya mengambil masa yang lama untuk memahami watak dan menggambarkannya dengan cara yang boleh dipercayai. Dia bukan manusia jadi dia tidak mempunyai perasaan seperti empati atau rasa bersalah. Saya harus menggunakan khayalan saya untuk mengetahui bagaimana tingkah laku seseorang seperti itu.
Sekiranya anda masih tak boleh move on dengan Nanno, ini ada beberapa fakta menarik tentang pelakon muda ini. Nak tahu namanya sempena Hello Kitty?
Dia Dinamakan Sempena Hello Kitty
‘Kitty’ bukan nama panggilan, tapi sebenarnya adalah sebahagian dari nama kelahirannya yang diberikan oleh ayahnya.
- Foto – Pinterest
“Ketika ibu melahirkan saya, ayah sebenarnya berada di Jepun. Jadi, bila nak pulang ke Thailand, dia cuba mendapatkan hadiah, dan kebetulan Hello Kitty cukup popular pada masa itu. Oleh itu, dia memutuskan bahawa itu mungkin nama yang baik untuk seorang perempuan.”
Dulu Sebahagian Daripada Girl Group
Sebelum secara rasmi mengejar karier dalam bidang lakonan, Kitty adalah sebahagian daripada girl group Thailand ‘Kiss Me Five’. Beberapa lagu mereka termasuk One Last Chance dan Sensitive.
Kiss Me Five adalah girl group Thailand yang dianggotai oleh 5 orang ahli. Debut pada Oktober 2010 di bawah label rakaman KAMIKAZE. Kitty menyertai KAMIKAZE pada usia 17 tahun.
Muncul Dalam Siri The Serpent
Kalau nak tahu, gadis 27 tahun ini terlibat dalam projek siri The Serpent (kebetulan ditayangkan juga di Netflix).
- Foto – Twitter
Dia memainkan watak gadis Thailand yang berhubungan dengan penjenayah, The Serpent berkisarkan tentang kisah benar perjalanan hidup pembunuh bersiri Charles Sobhraj era 70-an.
Teringin Nak Main Watak Joker
- Foto – Decider
Kata Kitty, di masa depan, dia ingin membawa watak seperti Joker, itu merupakan impian setiap pelakon. Kitty sukakan cabaran dalam lakonan dan tidak mahu play safe sahaja.
Harry Styles Follow Di IG
- Foto – Facebook
Kitty bukan biasa-biasa, Harry Styles juga antara yang follow di Instagram, buat masa ini sudah mempunyai lebih 3.3 juta pengikut hingga kini. Agaknya Harry Styles pun tak boleh move on dengan watak Nanno.
Nanno Seperti Suara Di Fikirannya
Menurut Kitty, Nanno sudah sebati dalam hidupnya, dan suara Nanno sendiri berlegar-legar di mindanya.
“Dia seperti ego semua orang. Dia di dalam fikiran anda yang tahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia seperti dark side dalam diri kita.
Girl From Nowhere sekarang sudah memasuki musim kedua boleh stream di Netflix. Untuk pengetahuan anda, setiap episod siri ini berdasarkan kisah benar masalah sosial yang berlaku di Thailand.
Selamat berhibur!