Sedang hangat bercengkerama bersama yang tersayang, tiba-tiba mengeluh rasa sakit di bahagian intim dan masalah ini acap kali berlaku setiap kali bersama dengan suami di ranjang.
Apabila diselidiki tiap kali bersama air nikmat yang sepatutnya keluar semasa bersama dengan suami tidak keluar, lalu membuatkan diri rasa sakit dan tidak menikmati seratus peratus waktu bersama di katil.
Tak Basah, Petanda Masalah Disfungsi Seksual?
- Foto – Therapy Clinic Miami
Masalah disfungsi atau ketidakupayaan seksual juga boleh berlaku pada wanita, sebagai tanda terhadap perubahan hormon ke arah proses menopause atau berada dalam fasa menyusukan anak.
Untuk menangani masalah ini, pakar menyarankan agar wanita menggunakan cecair pelincir secukupnya untuk melembapkan faraj semasa bersama dengan cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah faraj kering ketika bersama dengan suami.
Mula Hilang Minat terhadap Seks
- Foto – Exploring Your Mind
Masalah faraj tidak basah ini juga boleh berlaku kerana wanita telah mula hilang minat terhadap seks dan rangsangan seksual, faktor ini dapat lihat kerana tekanan psikologi yang dihadapi ataupun wanita mula merasa tidak bahagia dengan pasangan sendiri.
Jadi apa yang boleh dilakukan adalah, wanita harus cuba dapatkan rawatan doktor dengan mengesan masalah psikologi yang dihadapi hingga menjejaskan keupayaan seksual diri.
Dan dalam masa yang sama, wanita juga boleh cuba menjalani rawaatan terapi seksual bagi mengembalikan keinginan untuk bersama dengan pasangan di ranjang.
Tidak Dapat Merasai Nikmat Rangsangan Seksual
- Foto – Pinterest
Seks yang sepatutnya memberi rasa nikmat buat wanita, bertukar menyakitkan dek kerana bahagian intim tidak basah dan terpaksa menahan kesakitan ketika bersama di ranjang.
Dan apabila ini berlaku, wanita tidak akan merasa rangsangan seksual sebaliknya keinginan untuk menghabiskan sesi di ranjang mula lahir dalam hati wanita.
Justeru itu, apa yang boleh dilakukan adalah cuba mendapatkan nasihat pakar sakit puan bagi menjalani rawatan terapi yang betul untuk menangani masalah ketidakupayaan seksual ini.
Sukar Mengecapi Syahwat
- Foto – Health Grades
Apabila faraj menjadi kering kontang pastinya mana-mana wanita pun tidak dapat mengecapi syahwat yang kemuncak, meskipun begitu pakar menyarankan agar wanita menggunakan mainan seks bagi membantu merangsang deria dan nafsu syahwat wanita.
Semua masalah ini berlaku kerana masalah faraj tidak basah ketika bersama, wanita yang miliki masalah seperti ini jangan mudah mengeluh kerana masalah ini boleh di rawat jika berani menjalani rawatan dan melakukan pemeriksaan menyeluruh.
- Foto – Everyday Health
Hal ini harus di pandang berat kerana ia mempengaruhi kebahagian hidup kamu bersama pasangan, jika kamu sedar mengalami masalah ini maka segeralah membuat temujanji bersama doktor bagi mendapatkan rawatan awal.
Selamat beramal!