Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Teknologi

[Temu Bual] Unik Dan Trendy, CasesbyWF Bukan Sekadar Casing Phone Lokal

by Soph.Azz
May 31, 2021
Foto - @casesbywf (Instagram) / Arkib Wanista

Foto - @casesbywf (Instagram) / Arkib Wanista

54
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa dekat sini suka bertukar-tukar phone cases atau rekaan yang dicari tiada di pasaran lokal?

Kalau sering alami situasi tersebut, jangan risau kerana kamu boleh dapatkan kesemua rekaan pilihan kamu di CasesbyWF.

Jenama lokal ini bukan sahaja hasilkan pelbagai rekaan yang unik dan trendy. Malah kamu juga boleh dapatkan beberapa koleksi hasil kolaborasi dengan influencers serta selebriti juga.

Nak tahu lebih lanjut mengenai CasesbyWF, ikuti temu bual eksklusif jenama lokal ini bersama Wanista.

Kisah di sebalik jenama lokal CasesbyWF

Untuk pengetahuan kamu, CasesbyWF ini merupakan singkatan kepada Cases By Wallflower. Diasaskan oleh Ain Nurina pada tahun 2015, idea bisnes ini tercetus apabila dia mengalami kesulitan dalam mencari phone cases yang menepati citarasanya.

Foto – @ainnurina (Instagram)

“Saya selalu survey rekaan dan jenama lokal yang lain, tapi tak ada yang memenuhi kriteria yang saya mahukan. Jadi saya ambil peluang ini untuk mereka phone cases menggunakan kemahiran saya sebagai seorang pelajar reka bentuk.”

Sebagai penggemar dan pengumpul phone cases, Ain menggunakan pengalaman asas dalam bisnes tudungnya di mana ia sedikit sebanyak membantu bisnes phone cases sehingga sekarang.

Bisnes yang unik dengan rekaan yang segar dan baru 

Menurut Ain setiap rekaan phone cases di CasesbyWF, kesemuanya diinspirasikan oleh perkara yang berlaku pada sekelilingnya.

“Seperti koleksi Fearless, saya mendapat inspirasi daripada filem Netflix terkenal, The Bridgertons. Apabila ia melibatkan koleksi kolaborasi pula, saya suka mencabar diri sendiri dan berusaha untuk tafsir jenama, selebriti atau influencers dari sudut pandangan saya.”

Foto – @casesbywf (Instagram)

Melihatkan pandangan dan cara berfikir yang unik, phone cases jenama lokal ini berjaya membantu para pelanggannya untuk mengekspresikan diri sendiri melaluinya.

Pada masa yang sama CasesbyWF juga sering menampilkan rekaan dan idea baru pada setiap minggu untuk kekalkan jenamanya sebagai phone cases yang pertama dalam pasaran lokal.

Hasil kolaborasi buatkan CasesbyWF lain daripada yang lain 

Bermula sebagai bisnes kecil, siapa sangka jenama lokal ini telah berkolaborasi dengan beberapa nama besar seperti jenama Tealive dan selebriti Yuna.

“Hasil kolaborasi ini buatkan kami sering mencabar diri untuk pergi sejauh yang mungkin dengan reka bentuk phone cases yang berbeza dan terkini dengan beberapa jenama, selebriti dan influencers.”

IKLAN

Foto – @casesbywf (Instagram)

Seterusnya pengasas jenama lokal ini juga berhasrat untuk memperluaskan rangkaian produk phone cases untuk mengisi jurang teknologi pasaran aksesori di Malaysia dengan cara yang paling kreatif.

Pada masa yang sama, CasesbyWF juga berharap untuk menceburkan diri dalam kedai pop-up untuk terus berhubung dengan pelanggan mereka di luar talian selain daripada menjual ke luar negara.

Kerjasama dan cita-cita tinggi penting dalam perniagaan 

Menurut Ain Nuraina yang bermula sebagai usahawan baru suatu ketika dulu, dia sering berfikir besar dan jauh ke hadapan untuk memperbaiki dan meningkatkan bisnesnya dengan cepat.

“Awalnya saya hanya berniaga secara dalam talian di bilik tidur tetamu di rumah untuk tiga tahun yang pertama. Sekarang dengan hasil usaha dan kerja keras, saya sudah mempunyai sebuah tempat untuk pekerja saya.”

View this post on Instagram

A post shared by Ain Nurina (@ainnurina)

Walaupun bermula sebagai peniaga kecil, tetapi dengan semangat dan usahanya yang tidak pernah putus menjadikannya sebagai sebab utama jenama ini semakin berkembang.

Selain itu, kerjasama dengan syarikat penghantaran seperti Ninja Van telah membantu perniagaan jenama ini untuk memenuhi permintaan dan penghantaran phone cases dengan cepat dan selamat.

Walaupun jenama lokal ini semakin berkembang, tetapi CasesbyWF tetap mengekalkan idea yang segar dan reka bentuk phone cases yang unik untuk setiap pelanggannya.

Untuk mendapatkan phone cases daripada CasesbyWF, kamu boleh layari Instagram jenama ini untuk pelbagai koleksi dan rekaan phone cases yang terbaru.

Happy shopping!

Tags: ain nurina casesbywfcasesbywfcasesbywf instagramcasing phonejenama casesbywf
Share22SendShare

Artikel Berkaitan

[REVIEW] Fujifilm instax mini BTS Butter Version, 4 Benda Wajib Tahu Sebelum Beli instax mini 11 Edisi Khas Ini!
Teknologi

[REVIEW] Fujifilm instax mini BTS Butter Version, 4 Benda Wajib Tahu Sebelum Beli instax mini 11 Edisi Khas Ini!

December 22, 2021
“Patutlah Slow”- Nak Tahu Wi-Fi Kena Curi Atau Tak, Cuba Buat Macam Ini
Teknologi

“Patutlah Slow”- Nak Tahu Wi-Fi Kena Curi Atau Tak, Cuba Buat Macam Ini

December 9, 2021
Adakah Salah Jika Anggota BLACKPINK Tak Pakai SAMSUNG Tapi iPhone?
Teknologi

Adakah Salah Jika Anggota BLACKPINK Tak Pakai SAMSUNG Tapi iPhone?

October 13, 2021
Aplikasi Clubhouse, Apa Bagusnya Sampai Mark Zuckerberg Dan Elon Musk Pun Guna
Teknologi

Aplikasi Clubhouse, Apa Bagusnya Sampai Mark Zuckerberg Dan Elon Musk Pun Guna

March 1, 2021

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Di Sebalik Nama Fyza Kadir, Sosialit Yang Sering ‘Diburu’ Jenama Eksklusif

  3. 3

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  4. 4

    Buat Macam Ini, Celah Paha Hitam Boleh Cerah Dalam Seminggu!

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.