Selain warna bold, trend warna pastel makin menjadi pilihan orang ramai terutamanya wanita.
Walaupun warna-warna ini nampak cantik, tapi ramai yang keliru warna manakah yang sesuai dengan warna kulit, betul tak? Bukan apa, cuma tak mahu nampak tidak sesuai dan pelik saja.
Jangan risau tak kisahlah apa warna kulit kamu sekalipun, Wanista boleh bantu untuk kamu mencari warna pastel yang sesuai. Scroll sampai habis okay?
Kulit Putih
Bagi individu yang memiliki kulit putih, kesemua warna pastel sesuai untuk kamu. Tak kisahlah baby blue, lilac, pink candy mahupun light pink, warna-warna ini boleh buatkan kulit kamu menjadi lebih cerah dan cantik.
Tips untuk individu kulit putih, nak nampakkan penampilan kamu lebih seimbang dan bergaya, gunakan mekap yang sedikit gelap sama ada mekap mata ataupun pilihan lipstick.
Kulit Sawo Matang
Untuk memilih warna pastel yang sesuai dengan kulit sawo matang, warna seperti mint green, velvety peach, petal, butter yellow atau light grey.
Cuba padankan warna-warna pastel tersebut dengan beberapa warna seperti hitam atau putih. Confirm nampak cantik dan sesuai.
Tips tambahan: Kamu juga boleh gunakan warna yang sama dari head-to-toe kerana penampilan kamu ini akan menampakkan badan lebih langsing dan tinggi.
Kulit Gelap
Memang rungsing nak fikir apabila memiliki kulit berwarna gelap. Untuk individu ini, kamu boleh cuba gayakan warna seperti kuning, butter yellow, lavendar, teal atau aqua.
Kedua-dua warna ini boleh menjadikan kulit nampak lebih glow dan cerah. Pada masa yang sama, warna ini boleh tampilkan sisi yang berbeza pada si pemakai.
Jangan berasa kecewa apabila tiada warna yang sesuai dengan warna kulit kamu. Apa kata kamu cuba beberapa cadangan warna pastel di atas.
Cuba dan padankan sehingga kamu dapat warna yang sesuai. Jangan lupa kongsikan dengan Wanista apakah warna pastel pilihan kamu.
Selamat mencuba ♥