Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Dekorasi

Bukan Semua Perempuan Hantu Pink, 5 Perkara Main Peranan Pilihan Warna Deko

by Mas Idayu
May 28, 2021
Foto - Pinterest/Armac Martin

Foto - Pinterest/Armac Martin

39
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kenapa tiap kali nak pilih warna dekorasi mesti orang sekeliling akan suggest warna pink! Tahu tak bukan semua perempuan hantu warna merah jambu, dan mereka akan berasa semak melihat warna girly di depan mata jadi idea pilihan dekorasi semestinya bukan warna ini!

Tambahan lagi, dalam pemilihan warna untuk dekorasi ia tidak boleh dilakukan secara melulu tanpa mengambil kira beberapa aspek lain yang memainkan peranan penting dalam pemilihan warna dekorasi.

#1 Jenis Mood Yang Diinginkan

Foto – Domino

Sebelum memilih warna deko perkara utama yang harus di bincangkan adalah apakah jenis mood atau suasana yang kamu inginkan di dalam rumah.

Seperti contoh, jika kamu inginkan susasan yang dan mood yang tenang, nyaman maka warna yang di pilih haruslah, warna yang dapat memaparkan mood sedemikian.

Begitu juga jika kamu inginkan suasana retro, maka pemilihan warnanya haruslah dari warna-warna yang menonjolkan elemen retro itu sendiri.

#2 Pilih Berdasarkan Warna Barang Deko Sedia Ada

Foto – Armac Martin

Selain itu, kamu juga boleh memilih warna dekorasi berdasarkan warna barang deko sedia ada yang kamu miliki. Dengan melihat warna barang dekorasi yang dominan di dalam rumah kamu, ia dapat membantu kamu membuat pilihan warna yang sesuai dan masuk dengan warna barang dekorasi yang lain.

#3 Ambil Kira Pencahayaan Dalam Rumah

Foto – Forbes

Kamu juga harus perhatikan pencahayaan di dalam rumah, jika pencahayaan agak malap dan suram maka warna cat atau kertas dinding yang digunakan haruslah dari warna-warna yang terang dan ceria.

IKLAN

Begitu juga jika pencahayaan di dalam rumah kamu bagus dan tiada masalah, kamu boleh memilih warna mengikut mood dan suasana yang kamu ingin wujudkan di dalam rumah.

#4 Warna Lantai Main Peranan

Foto – Houzz

Kamu juga perlu beri perhatian terhadap warna lantai sebelum memilih warna bagi mengecat dinding, pemilihan warna lantai mempengaruhi keseluruhan hasil dekorasi ruang kamu nanti.

Jika kamu memilih warna lantai yang gelap baik dalam bentuk jubin, kayu palet, permaidani atau tikar, maka warna dinding hendaklah dari rona warna yang kontra ataupun rona warna yang serupa tetapi lebih lembut dari warna lantai untuk menciptakan ruang yang serasi dan harmoni.

#5 Bijak Kombinasi Warna Dan Corak Yang Ideal

Foto – Pinterest

Jika kamu gemarkan illustrasi corak maka kamu harus bijak bermain dengan kombinasi warna, agar warna yang di pilih dapat menonjolkan corak yang kamu inginkan di dinding rumah.

Ke semua ini merupakan antara peranan penting yang harus di ambil kira, sebelum kamu memilih warna untuk mendekorasi rumah.

Bukan apa, rumah merupakan tempat tinggal dan tempat untuk kamu beristirehat dengan santai dan pastinya kamu tidak mahu gara-gara salah memilih warna membuatkan mood diri sentiasa di rundum aura negatif.

Rujukan: 1, 2,

Tags: barang dekoCatdekorasidindingidea dekorasiwarnawarna deko
Share16SendShare

Artikel Berkaitan

Cantik Betul Deko Kondo Sandara Park, Warna-Warna Ceria Sesuai Untuk Gadis Bujang
Dekorasi

Cantik Betul Deko Kondo Sandara Park, Warna-Warna Ceria Sesuai Untuk Gadis Bujang

January 4, 2022
Cantiknya! Melinda Looi Kongsi Idea Rekaan Dalaman Rumah Dengan Koleksi Ethereal By Silestone
Dekorasi

Cantiknya! Melinda Looi Kongsi Idea Rekaan Dalaman Rumah Dengan Koleksi Ethereal By Silestone

November 29, 2021
Macam Ini Baru Cantik! Tips Deko Bilik Tidur Merah Jambu Untuk Si Gadis
Dekorasi

Macam Ini Baru Cantik! Tips Deko Bilik Tidur Merah Jambu Untuk Si Gadis

October 28, 2021
Hati-Hati Dengan Kipas Jenama Deka, Boleh Patah Secara Tiba-Tiba
Dekorasi

Hati-Hati Dengan Kipas Jenama Deka, Boleh Patah Secara Tiba-Tiba

October 5, 2021

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.