Nak wanita menjadi bahagia dan gembira, tak susah pun sebenarnya. Asalkan kamu tahu cara untuk membuatkan hormon-hormon gembira ini dirembeskan.
Dengan adanya beberapa hormon ini, wanita boleh berubah daripada grumpy kepada gembira dengan mudah dalam sekelip mata. Pada masa yang sama ianya juga bagus untuk kesihatan.
Jadi hormon apa yang wanita perlu untuk jadi bahagia? Semak di bawah.
Serotonin
Terkenal sebagai hormon utama dalam mengatur mood seseorang individu, hormon serotonin ini berkemampuan dalam memainkan peranan penting dalam badan seseorang.
Antara peranannya adalah membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, pencernaan, kemampuan fokus untuk belajar dan banyak lagi.
Cara meningkatkan pengeluaran hormon serotonin:
- Bersenam atau bersukan
- Makan makanan yang kaya dengan tryptophan seperti susu
- Makan makanan kaya dengan omega-3 seperti kacang dan salmon
- Jangan berhenti makan karbohidrat
Dopamine
Dopamine (hormon dan neurotramitter) memainkan peranan penting dalam sistem ganjaran di otak untuk memberikan rasa yang baik atau gembira pada seorang individu.
Hormon ini juga berkait rapat dengan beberapa perkara seperti sensasi yang menyenangkan seiring dengan pembelajaran, daya ingatan, fungsi sistem motor dan banyak lagi.
Cara untuk mendapatkan hormon dopamine:
- Lakukan aktiviti yang sihat dan positif
- Luangkan masa di bawah sinar matahari
- Berlatih cara pernafasan yang betul dan meditasi
- Dapatkan tidur yang lena dan berkualiti
- Makan makanan seperti kekacang
Endorphin
Dikenali sebagai penghilang rasa sakit secara semula jadi. Di mana hormon ini dihasilkan apabila badan kamu bertindak balas secara automatik kepada tekanan dan ketidakselesaan.
Hormon ini juga bertindak sebagai receptor di otak yang meningkatkan keseronokan, mengurangkan kesakitan dan memberikan perasaan yang gembira dan tenang. Pada masa yang sama, rembesan hormon ini boleh meningkatkan pengeluaran hormon dopamine.
Cara untuk tingkatkan hormon endorphin:
- Kerap bersenam
- Nikmati makanan kegemaran dengan tenang
- Lakukan urutan badan seminggu sekali
- Ketawa selalu
Oxytocin
Sering dipanggil sebagai hormon cinta, oxytocin sangat penting untuk wanita seperti keadaan melahirkan anak dan menyusu serta ikatan di antara ibu bapa dan anak.
Apabila kamu mempunyai hormon ini, ia dapat membantu meningkatkan kepercayaan, empati, ikatan perhubungan di antara pasangan.
Cara meningkatkan hormon oxytocin:
- Lakukan yoga secara berkala
- Dapatkan rehat yang cukup
- Lakukan urutan seminggu sekali
- Kerap bercium atau peluk dengan pasangan
- Lakukan seks dengan kerap
Tak susah pun nak gembira dan bahagia. Kena dengan caranya, kamu boleh menjadi bahagia sepanjang hari malah sepanjang minggu.
Jangan risau jika kebelakangan ini kamu sering berasa tertekan atau sedih. Lakukan beberapa cara di atas untuk mendapatkan hormon gembira kamu kembali.
Selamat beramal!