Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar, Ini Kata Pakar

by Mas Idayu
May 28, 2021
Foto - Dreamstime/PFMA Journal

Foto - Dreamstime/PFMA Journal

82
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Parut hipertrofik, parut apa pula ini tak pernah dengar pun?

Sebenarnya parut hipertrofik merupakan tindak balas yang tidak normal yang berlaku semasa proses penyembuhan akibat trauma atau kecederaan yang teruk pada kulit, parut hipertrofik dapat dikenal pasti dengan rupa parut yang tebal, lebar dan muncul di pada kawasan yang berlaku kecederaan.

Parut ini tidak membahayakan nyawa cuma, akan membuatkan diri berasa gatal di sekitar kawasan parut tersebut.

Dan jika kamu pernah mengalami kecederaan yang serius pada wajah atau badan akibat kebakaran, kecederaan teruk atau luka yang dalam proses penyembuhan di jangkiti kuman, ia boleh menyebabkan pembentukan parut hipertrofik secara tidak langsung.

Tidak Boleh Dibiarkan

Foto – Medical News Today

Menurut Healthline, parut sebegini harus di rawat dengan segera dan tidak boleh di ambil ringan semata apatah lagi jika ianya berlaku pada sekitar wajah dan bahagian tubuh wanita kerana ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan psikologi wanita.

IKLAN

Terutamanya jenis wanita yang terlalu menjaga kecantikan diri, parut sebegini pastinya umpama racun buat mereka yang tidak boleh melihat sebarang cacat-cela pada kulit wajah dan badan.

Rawatan Perubatan

Foto – Health Grades

Untuk merawat parut hipertrofik ini kamu boleh mendapatkan khidmat nasihat doktor dan memilih jenis rawatan yang mana sesuai untuk kamu jalani, berikut antara jenis rawatan perubatan yang boleh digunapakai.

  • Rawatan corticosteroid – suntikan steroid ke dalam parut setiap enam minggu boleh melembutkan dan meratakan parut.
  • Rawatan laser – cara ini berkesan mencerahkan dan meratakan parut yang masih baru terbentuk.
  • Rawatan bleomycin – suntikan bakteria ke dalam parut bagi meningkatkan rupa parut dan melegakan rasa gatal dan sakit yang disebabkan oleh parut hipertrofik.
  • Rawatan cryotherapy – doktor akan membekukan tisu pasut dengan cecair nitrogen untuk membantu meratakan parut dan cara ini selamat untuk digunakan tanpa toksin.
  • Rawatan pembedahan – parut ini juga boleh ditangani menerusi pembedahan dan kulit sembuh seperti biasa jika tiada masalah jangkitan kuman atau iritasi berlaku.

Rawatan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Foto – Amazon/JH Pharmacy

Bagi yang ingin mengubati parut dengan kaedah rawatan di rumah juga boleh, cuma ianya akan mengambil masa yang lebih lama untuk hilang berbanding dengan cara rawatan perubatan, berikut adalah beberapa cara rawatan rumah yang boleh digunapakai.

  • Produk silikon – apa jua produk silikon untuk rawatan parut seperti jenis gel, cecair, lembaran atau foam, ada terjual di farmasi (khas untuk luka, kebakaran, kecederaan).
  • Urutan dan tekanan – kamu juga boleh mengurut dan menekan kawasan sekitar parut dengan melilit parut dengan kain balutan, untuk melemahkan tisu parut dan meratakan rupa parut tersebut.
  • Krim ekstak bawang – krim ini juga di kenali sebagai mederma dan ianya berkesan mengurangkan rupa parut pada kulit.
  • Minyak bio – minyak ini juga bagus untuk meratakan parut dan mencerahkan parut hipertrofik, yang penting rajin pakai dalam tempoh yang lama untuk menghilangkan parut pada kulit.

Jika kamu mempunyai parut hipertrofik yang masih baru segeralah mendapatkan rawatan perubatan atau guna kaedah rawatan rumah ini, kerana jika parut tersebut sudah lama ia sukar untuk dihilangkan dan lagi haru-biru jika parut tersebut terdapat di muka.

Rujukan: 1, 2,

Tags: badanhypertrophicjenis rawatanjenis-jenis parutmukaparutparut hipertrofik
Share33SendShare

Artikel Berkaitan

Guna Jari Pun Boleh, Ini Cara Nak Tahu Kuantiti Tepat Bila Pakai Sunscreen!
Kecantikan

Guna Jari Pun Boleh, Ini Cara Nak Tahu Kuantiti Tepat Bila Pakai Sunscreen!

February 4, 2023
Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless
Kecantikan

Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless

January 29, 2023
Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075
Kecantikan

Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

January 28, 2023
5 Liquid Blush Paling Best & Cantik Untuk Hasil Mekap ‘Shy-Shy’
Kecantikan

5 Liquid Blush Paling Best & Cantik Untuk Hasil Mekap ‘Shy-Shy’

January 22, 2023

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.