Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

5 Cara Genius Rasulullah SAW Ajar Jaga Hubungan Kekal Selamanya

by Mas Idayu
May 27, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

132
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pasangan mana yang tidak mahu hubungan dan rumahtangga yang di bina berkekalan untuk selama-lamanya bukan, miliki hubungan yang berkekalan sehingga Jannah-Nya merupakan impian setiap pasangan Muslim.

Tapi bagaimana hendak mengekalkan hubungan suami isteri agar sentiasa utuh, harmoni dan tidak putus rasa kasih sayang itu?

Meski sukar untuk mengecapi hubungan yang berkekalan hingga ke Jannah-Nya, ia bukanlah perkara yang mustahil untuk dilakukan dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai model insan insyaAllah kamu dapat menjaga hubungan suami isteri selamanya.

Bijak Membahagikan Masa Bersama Insan Tercinta

Foto – Pinterest

Rasulullah SAW merupakan tokoh yang perlu kita semua lihat bagi menjaga hubungan berkekalan, walaupun baginda sibuk sebagai pemimpin Islam tetapi baginda tidak pernah mengabaikan keluarganya.

Rasulullah akan membahagikan masa yang baik bagi melayani setiap isteri-isterinya dengan saksama, dari intipati ini kita dapat lihat bahawa memperuntukan masa bersama pasangan merupakan salah satu ramuan penting untuk menjaga hubungan agar berkekalan.

Jangan Bawa Pulang Masalah Ke Rumah

Foto – Adobe Stock

Rasanya hal yang satu ini sering dilakukan oleh kebanyakan pasangan, ramai yang membawa masalah yang laku di tempat kerja ke rumah dan akhirnya suasana di rumah turut terjejas hingga pasangan sendiri terkena tempias negatif yang di bawa pulang itu.

Tahu tak Rasulullah tidak pernah membawa sebarang masalah yang dialami dan dilaluinya di rumah, sebaliknya sejurus baginda pulang ke rumah dirinya akan memberikan senyuman kepada sang isteri.

Justeru itu, untuk menjaga hubungan yang harmoni bersama pasangan elakkan dari membawa masalah di tempat kerja ke rumah.

Tidak Mengambil Kesempatan Terhadap Pasangan

Foto – Pinterest

Apa yang ingin disampaikan di sini adalah jika kamu mengahwini pasangan yang berpangkat, berstatus atau berharta daripada kamu atau keluarga kamu, jangan sesekali mengambil kesempatan untuk kesenangan kamu atas nama suami atau isteri bersama pasangan.

BACA:  4 Tanda Menunjukkan Kamu Adalah 'Bad Kisser'

Perkara ini boleh memusnahkan hubungan rumahtangga dan perasaan yang terbina, untuk pengetahuan semua Rasulullah SAW tidak pernah mengambil kesempatan ke atas isterinya Siti Khadijah meski isterinya seorang usahawan berjaya.

Memahami Peranan Masing-Masing

Foto – Pinterest

Untuk menjaga hubungan agar berkekalan selama-lamanya, Rasulullah menunjukan bahawa dengan memahami peranan suami isteri dalam institusi rumahtangga boleh mengukuhkan hubungan yang terbina.

Dengan kesepakatan dan saling bertolak-ansur insyaAllah tidak mustahil hubungan yang terjalin tidak dapat kekal hingga ke hari tua.

Peka Terhadap Emosi Dan Masalah Pasangan

Foto – Pinterest

Di alam rumahtangga yang penuh cabaran dan rintangan ini, membuatkan Rasulullah menjadi seorang yang peka terhadap emosi dan masalah yang dihadapi isteri-isterinya.

Dengan memberi perhatian terhadap- perkara seperti ini, dapat membuatkan hubungan antara baginda dan isteri-isterinya menjadi akrab, kuat dan harmoni.

Justeru itu, jika kamu inginkan hubungan yang kuat bersama pasangan pentingnya untuk kamu peka terhadap perubahan emosi dan masalah yang dihadapi pasangan kamu sendiri.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua, selamat beramal!

Rujukan: 1, 2,

FILED UNDER hubunganRasulullah sawsuami isteritips rumah tangga
Share53SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.