Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Brilliant Skincare Ada Racun Berjadual, Masih Ramai Pakai & Tak Sedar Bahayanya

by Opie Azizlan
May 27, 2021
Foto - Shopee / @ladybosszila (TikTok)

Foto - Shopee / @ladybosszila (TikTok)

377
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sudah tahun 2021 pun masih ada yang bertanya sama ada Brilliant Skincare ini berbahaya atau tidak?

Bagi yang tidak tahu Brilliant Skincare iaitu Brilliant Skin Essentials Rejuvenating telah disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

Baru-baru ini penulis perasan ada juga yang masih memakai produk jenama ini, jadi adakah mereka tidak tahu produk ini sebenarnya berbahaya?

Baca kupasan di bawah.

Trend Dapat Kulit Idaman Dengan Brilliant Skincare 

Di TikTok ramai yang terpengaruh dengan trend untuk mendapatkan kulit idaman dengan memakai set Brilliant Skin Essentials Rejuvenating (facial toner dan facial cream).

@ladybosszila

Kelebihan set rejuvenating facial set #brilliantskinessentials #brilliantskincaremalaysia

♬ original sound – Qeela – QeelaRee

@madusenyumm

#brilliantskinessentials #brilliantskincaremalaysia #brilliantskinlabuan @iammissglenda

♬ Lepas guna tag lah nanti aku like – baby🤍

Malah ada juga yang memberi tunjuk ajar untuk mereka yang baru berjinak-jinak mahu memakai set Brilliant Skin Essentials Rejuvenating ini.

@afizahrazali

Reply to @nieda9 For Newbie🥰 #rejuvenatingset #fypシ #Serum #sunscreen #brilliantskincaremalaysia #brilliantskinessentials

♬ Gadis baju item monggo dipakee soundnya hiyaaa – iam.moon:)

@effashawal

good morning tq #brilliantskinessentials tq #brilliantskincaremalaysia i love my skin now😭😭

♬ bunyi asal – effashawal – effashawal

@fieyynasir

Before and After #brilliantskinessentials #rejuvenatingset #feedbackbrilliantskincare

♬ original sound – veldyaa_ – veldyaa_

Perhatian! Memang Ada Racun Berjadual Dalam Produk Ini 

Menurut perkongsian video pendek @druglordfxdl di TikTok, set Brilliant Skin Essentials Rejuvenating ini telah disenaraikan oleh pihak KKM sebagai produk yang mempunyai racun berjadual.

“Jenama ini mengandungi bahan racun berjadual seperti hydroquinone dan tretinoin. Dalam kata lain, racun ini berada di dalam kumpulan C.”

@druglordfxdl

Reply to @biarlah_rahsia1 Hi Harap membantu 😁 btw video saya kena report, mesti agent2 aisdabelyu busuk hati sksk

♬ original sound – CEO OF EXPOSE – CEO OF EXPOSE

Untuk pengetahuan kamu, nak gunakan racun berjadual (hydroquinone dan tretinoin) perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Pada masa yang sama, kandungan racun berjadual ini hanya boleh dijual setelah mendapat nasihat profesional kesihatan dan dipantau jumlah penggunaannya.

Kebiasaannya, bahan ini hanya dijual oleh mereka yang mempunyai lesen yang sah sahaja seperti ahli farmasi.

Rekod KKM Ada Buktinya…

Dipetik daripada Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggesa orang ramai terutamanya wanita untuk elak daripada membeli produk dari jenama ini.

Seperti yang telah disenaraikan oleh KKM, Brilliant Skin Essentials Rejuvenating Facial Toner dan Brilliant Skin Essentials mengandungi bahan racun berjadual seperti hydroquinone dan tretinoin.

Foto – Lazada / The Star

“Notifikasi produk kosmetik ini sudah dibatalkan berikutan mengandungi bahan racun berjadual dan produk ini tidak akan dibenarkan untuk dijual di dalam Malaysia”, ujar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Penggunaan produk berkenaan tanpa pengawasan daripada kakitangan profesional kesihatan secara tidak terkawan boleh memberikan beberapa kesan sampingan yang tak diingini kepada si pemakai.

Bahan beracun seperti hydroquinone dan tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, perubahan warna kulit, kanser kulit, kulit mengelupas dan juga hipersensitif pada cahaya matahari.

Foto – VB Beauty Care

Jadi kalau kamu masih menggunakan produk Brilliant Skin Essentials Rejuvenating ini, lebih baik kamu berhenti dengan segera. Sekiranya mengalami ketidakselesaan atau kesan buruk jumpa dengan doktor atau ahli profesional kesihatan.

Apa-apa pun, sebelum membeli sebarang produk kosmetik, pastikan kamu menyelidiknya terlebih dahulu sebelum membeli. Ingat nak cantik pun kena pandai.

Selamat beramal!

Tags: brilliant skin bahayabrilliant skin essentials rejuvenatingbrilliant skin racun berjadualbrilliant skincare
Share151SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

"Saya panggil teknik ini sebagai 'Ice Bath'"- supermodel Bella Hadid. Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kecantikan

5 Skincare Berasaskan Teh Hijau, Bahan Superhero Untuk Jerawat Hingga Anti-Penuaan

by IamLisa
May 19, 2022
0

Teh hijau bukan sahaja selamat untuk minum setiap hari, tetapi juga selamat untuk menggunakannya dalam rutin penjagaan kulit harian. Dikenali...

Baca Lagi
Foto - Olaplex
Kecantikan

Tiada Lagi Rambut Bermasalah Dengan OLAPLEX No. 9 Bond Protector Nourishing Hair Serum

by IamLisa
May 19, 2022
0

Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan pencemar, mengakibatkan rambut kusam dan tidak bermaya. Lindungi dan suburkan mahkota kamu dengan OLAPLEX No. 9...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.