Wanita mana yang tidak ingin tapak tangan mereka menjadi selembut kapas dan sedap ketika bersentuhan tanpa rasa kasar atau kering. Biasanya untuk dapatkan tapak segebu dan selembut kapas ini, wanita perlu rajin memakai losyen setiap hari barulah dapat kulit tapak tangan idaman.
Tapi malangnya tak semua wanita rajin dan mahu memakai losyen tangan apatah lagi, ramai wanita menganggat memakai losyen tangan hanya membuang masa dan ada juga yang mempunyai alahan jika memakai losyen di tangan.
Dengan pelbagai sebab dan asbab ini tak ramai wanita mahu memakai losyen pada tapak tangan, jadi bagaimana nak miliki kulit tapak tangan yang anjal dan lembut adakah tiada cara lain?
Wanista Dah Cuba, Memang Berkesan!
- Foto – Pinterest
Hari ini penulis akan berkongsi satu tips rahsia yang selama ini penulis sendiri guna pakai untuk dapatkan tapak tangan selembut dan segebu kapas dan hasilnya memang tip-top sangat.
Pada awalnya penulis kurang perasan sangat, tetapi setelah hampir sebulan mengulangi cara dan rutin yang sama memang rasa kelainan pada tapak tangan penulis. Dari kulit kering dan penuh garis-garis kasar, bertukar menjadi lembut dan garis kasar menjadi halus.
Rutin Kecantikan 2 Kali Sehari, Lihat Hasil Dalam Sebulan
- Foto – Pinterest
Terus-terang penulis sendiri bukanlah penggemar memakai losyen tangan sangat, tetapi wanita manalah yang mahu kulit tangan menjadi kasar dari hari ke hari tanpa pelindungan bukan?
Cara rahsia yang penulis ingin kongsikan, bagi mendapatkan kulit tapak tangan selembut kapas ini sebenar adalah mengamalkan rutin penjagaan dan kecantikan wajah.
Ya, betul kamu tak salah baca hanya dengan mengamalkan rutin penjagaan kecantikan diri yang biasa kamu lakukan ketika bangun tidur waktu pagi dan sebelum tidur waktu malam.
Produk Penjagaan Kecantikan Beri Kesan Pada Tapak Tangan Juga
- Foto – Floral Skin
Tahu tak setiap produk kecantikan yang kamu guna pada kulit muka kamu itu sebenarnya memberi kesan kepada tapak tangan kamu juga.
Penggunaan pelembap muka, toner, krim siang dan malam yang kamu letak atau tuang di tapak tangan dan kemudian urut di wajah itu bukan saja meresap dalam kulit muka saja ia juga meresap ke dalam tapak tangan juga dan hasilnya kulit di tapak tangan menjadi halus dan lembut.
- Foto – 100% Pure
Bagi penulis yang kurang memakai losyen di tapak tangan, penemuan ini memang terbaik untuk penulis yang inginkan tapak tangan lembut dan terjaga dan kamu juga boleh gunakan cara dan lihat hasilnya.
Wanita mungkin tak rajin nak pakai losyen tapi rutin penjagaan kulit pastinya tidak boleh tinggal bukan? Nah, dengan rajin mengamalkan penjagaan kulit wajah secara tidak langsung tapak tangan kamu juga menjadi lembut kan seronok.
Selamat beramal!