Cemburu betul tengok katalog dekorasi bilik tidur yang memaparkan pelbagai tema dan idea menarik, bagi menghias bilik idaman dengan tema pilihan hati.
Tahun ini tema bilik tidur lilac menjadi pilihan ramai wanita moden masa kini, apabila memilih tema ini pastinya akan dikaitkan dengan rona warna ungu persis bunga lilac juga.
Rasanya waktu PKP sebegini merupakan masa yang sesuai, untuk kamu gunakan bagi mentransformasi bilik tidur dengan dekorasi bertemakan bunga ungu lilac ini.
Ini antara cetusan idea yang boleh kamu guna pakai, jika ingin mendekorasi bilik tidur tema lilac dengan mudah dan ringkas.
#1 Tempat Tidur Bak Lautan Ungu Lilac
- Foto – Pinterest
Tukar cadar, sarung bantal, sarung tilam dan selimut kepada rona warna ungu lilac, mix-match rona warna lilac kosong atau bercorak yang kamu rasakan sedap mata memandang.
#2 Sedap Mata Memandang Lantai Nan Ungu
- Foto – Pinterest
Kadang-kala nak tukar mood bilik cukup hanya dengan menggunakan barangan dekorasi yang betul, contohnya memilih permaidani atau karpet tema lilac untuk bilik tidur bagi menukar 360 darjah suasana bilik tidur kamu.
#3 Umpama Ke Alam Lain Bila Tukar Warna Cat Dinding
- Foto – Pinterest
Dalam dekorasi mengecat warna bilik mengikut tema sudah jadi kemestian dan bagi pemilihan tema lilac ini, kamu boleh menyuai-padan rona ungu lembut dan putih atau mengecat keseluruhan dinding bilik tidur dengan roan sedondon.
#4 Pilih Langsir Rona Lilac Tanpa Corak
- Foto – Pinterest
“Simple is the best” ayat ini memang tak pernah salah kerana tatarias dekorasi yang ringkas lebih bagus sebenarnya, untuk dekorasi bilik cukup dengan menukar kain langsir yang sedia ada kepada kain langsir ungu lembut atau ungu terang yang kosong gaya serba ringkas ini membangkitkan suasana bilik tidur kamu.
#5 Perabot Dan Hiasan Serba Ungu
- Foto – Pinterest
Tahu tak kamu tak perlu ubah banyak jika mahu menukar bilik tidur kepada tema lilac, cukup dengan pemilihan perabot dan hiasan dinding bertemakan bunga lilac bagi bilik tidur sudah memadai seperti lampu ungu, kerusi meja mekap, almari, lukisan, pokok dan hiasan dinding yang lain.
Ruang serta suasana dalam bilik tidur pasti tampak lebih luas, tenang, dan santai dengan mendekorasi berdasarkan tema bunga ungu lilac ini.
Selamat beramal!