“Teman lelaki saya sering meminta gambar saya yang bersifat lucah dan sangat peribadi. Saya sayangkan dia, jadi apa saya harus lakukan untuk sedarkan dia?”
Perkara sebegini bukan lagi perkara mengejutkan di zaman sekarang. Internet tanpa sempadan memungkinkan apa saja berlaku. Jadi sekiranya kamu berhadapan dengan situasi ini, iaitu teman lelaki kamu meminta gambar lucah atau gambar kurang senonoh dari kamu, apa yang harus kamu lakukan?
Jawapan jujur dari Wanista ialah:
1) Ini bukan sayang. Jika teman lelaki kamu mula meminta gambar lucah dari kamu, seeloknya tinggalkan dia. Kalau dia benar menyayangi kamu, dia akan menolong kamu melindungi maruah kamu, bukan cuba menghancurkannya.
2) Jangan lakukan, dan katakan TIDAK. Tahukah kamu kebanyakan kes gambar lucah yang tersebar di internet adalah hasil kerja seseorang yang dipanggil ‘teman lelaki’ yang ‘berjanji yang gambar itu hanya akan berada dalam simpanannya’? Mahukah kamu jadi mangsa seterusnya?
3) Dengan ugutan. Jika masih ada rasa sayang dalam hati kamu itu, ugut beliau dengan halus. Katakan padanya, kalau sekali lagi dia minta perkara yang bukan-bukan, kamu akan putuskan hubungan dengannya.
4) Ajak dia berpuasa bersama-sama. Jika teman lelaki kamu beragama Islam, ajak dia berpuasa, kerana di dalam Islam, puasa boleh menahan nafsu. Penulis juga yakin, agama yang lain pun sama.
5) Apabila bersms, berwhatsapp, berwechat atau apa-apa medium perbualan, elakkan sama sekali perbualan yang berbaur lucah. Jika dia masih mahu berbual perkara sia-sia seperti ini, kamu copy saja mana-mana ayat Quran dan berikan kepadanya. Ingatkan dia untuk ingat kepada Tuhan.
Kalau jumpa dengan lelaki toksik sebegini, lebih baik tinggalkan dia. Something wrong dengan otak dia, kotor.
Selamat Beramal!