Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Boleh Hilangkan Parut Jerawat, Betul Ke Bio-Oil Berkesan?

by Soph.Azz
May 24, 2021
Foto - Yes Missy! / Averr Aglow

Foto - Yes Missy! / Averr Aglow

1k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bio-Oil memang popular dalam kalangan mereka yang mahu kurangkan penampilan stretch marks atau kedutan halus di wajah.

Tapi pernah tak kamu terfikir untuk memakai Bio-Oil di wajah terutamanya bagi yang mahu hilangkan parut jerawat? Ada yang mengatakan boleh dan ada yang tidak, jadi yang mana satu betul?

Mari baca kupasan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bio-Oil dan parut jerawat.

Sesuai ke pakai Bio-Oil pada parut jerawat?

Untuk pengetahuan kamu Bio-Oil boleh digunakan pada keseluruhan wajah tanpa memberi sebarang kesan sampingan.

Dipetik daripada laman web rasmi Bio-Oil, produk ini memang sesuai dan boleh digunakan. Ini kerana Bio-Oil tidak mempunyai sifat komedogenik iaitu boleh menyumbatkan liang pori dan menyebabkan pembentukan jerawat.

Foto – Well+Good

Bagi parut jerawat pula, ia merupakan salah satu proses penyembuhan yang berlaku disebabkan oleh penumpukan kolagen di bahagian luka tersebut. Walaupun ia bersifat kekal tetapi Bio-Oil boleh bantu memudarkannya.

Menurut kajian yang dilakukan, produk Bio-Oil ini sangat berfungsi dan berkesan dengan baik pada parut jerawat yang baru iaitu berlaku kurang daripada satu tahun.

Foto – Acne Scar Treatment

Pada masa yang sama produk Bio-Oil ini boleh digunakan pada mereka yang mempunyai 4 jenis parut jerawat seperti pockmark, ice pick, rolling dan boxcar.

Bahan dalam Bio-Oil boleh pudarkan parut jerawat 

Dipetik daripada Healthline selain berkesan dalam memudarkan parut jerawat baru (usia kurang dari setahun), Bio-Oil juga dapat merawat dan mengurangkan penampilan parut jerawat yang tua.

IKLAN

Foto – Steemit

Menerusi kajian yang dilakukan pada tahun 2012, sebanyak 84% individu mengalami peningkatan dalam keadaan parut jerawat mereka. Manakala lebih 90% individu mengalami peningkatan warna parut.

Kalau kamu nak tahu, perubahan warna parut dan penampilan parut ini terjadi disebabkan oleh bahan-bahan yang terkandung di dalam Bio-Oil. Antaranya adalah:

  • Vitamin A dapat membantu mengelupas kulit dengan cepat dan mendorong sel kulit baru terbentuk. Bahan ini berupaya untuk mempercepatkan proses penyembuhan parut.
  • Vitamin E berkesan dalam mengurangkan penampilan parut termasuklah parut jerawat. Bahan ini juga berupaya untuk mempengaruhi pembentukan dan susunan serat kolagen untuk menyembuhkan bekas parut jerawat.
Foto – Pinterest
  • Minyak calendula dapat melembapkan dan menjana semula sel kulit serta dapat mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh kecederaan, parut atau sunburn.
  • Minyak lavender boleh melawan bakteria pada kulit serta berupaya menenangkan kulit yang mengalami jengkel.
  • Minyak rosemary mempunyai kesan antiseptik dan antimicrobial yang dapat kurangkan bakteria, virus, keradangan dan membantu penyembuhan luka.
  • Minyak chamomile dapat menyembuhkan parut atau luka, menenangkan kulit dan bersifat anti-radang. Bahan ini juga dapat mengurangkan penampilan warna yang tak sekata.

Cara yang terbaik untuk pakai Bio-Oil 

Untuk menambahkan penggunaan Bio-Oil di dalam rutin penjagaan wajah harian, Wanista syorkan untuk kamu guna dua kali sehari bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat dan efektif.

Kamu boleh titiskan beberapa titik Bio-Oil pada tapak tangan dan tepuk atau tampar secara lembut dan perlahan pada bahagian wajah (parut jerawat) untuk penyerapan yang lebih maksimum. Elakkan daripada menggosoknya di atas wajah.

GIF – Be Beautiful

Selain itu, kamu juga boleh gunakan Bio-Oil selepas pelembap atau selepas mencuci dan biarkan semalaman untuk mendapatkan manfaatnya.

Bio-Oil ini boleh dikatakan sebagai produk yang perlu ada bagi setiap wanita tak kiralah apa jenis masalah kulit sekalipun.

Sebelum menggunakannya, pastikan kamu tiada sebarang alahan terhadap bahan-bahan di dalam Bio-Oil. Jika ada, elakkan atau berhenti gunakannya.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: bio-oil malaysiabio-oil pudar parutbio-oil untuk parut jerawatcara guna bio-oilparut jerawat
Share418SendShare

Artikel Berkaitan

Lipstick Bestseller Dari Gucci Beauty, Buat Solekan Malar Segar Lebih Anggun!
Kecantikan

Lipstick Bestseller Dari Gucci Beauty, Buat Solekan Malar Segar Lebih Anggun!

by Iza B
August 7, 2022
0

Lipstick sekurang-kurangnya pasti ada pada setiap wanita. Ia item penting yang mampu menyerlahkan seri si pemakai. Jika anda sukakan solekan...

Baca Lagi
7 Perfume Unisex Terbaik Untuk Kamu Dan Boyfriend Kongsi Bau Haruman
Kecantikan

7 Perfume Unisex Terbaik Untuk Kamu Dan Boyfriend Kongsi Bau Haruman

by Iza B
August 6, 2022
0

Tak kira lelaki atau wanita pasti punyai haruman kegemaran minyak wangi bukan? Tapi biasanya haruman minyak wangi tidak boleh dikongsi kerana...

Baca Lagi
FOREO BEAR™: 4 Sebab Kenapa Rawatan 3 Minit Ini Jadi Idaman Wanita Moden!
Kecantikan

FOREO BEAR™: 4 Sebab Kenapa Rawatan 3 Minit Ini Jadi Idaman Wanita Moden!

by Soph.Azz
August 5, 2022
0

Pernah tak kamu rasakan tiada masa untuk kunjungi spa atau klinik estetik bagi melakukan rawatan wajah? Sehinggakan nak keluar rumah...

Baca Lagi
Bunuh 99.999% Kuman, Produk Mandian Antibakteria Jenama Ini Pilihan DIVA
Kecantikan

Bunuh 99.999% Kuman, Produk Mandian Antibakteria Jenama Ini Pilihan DIVA

by Lisa AG
August 5, 2022
0

Tak mungkin akan menggunakan produk mandian yang lain, sejak menemui jenama ini. FOLLOW ME memperkenalkan rangkaian Mandian Badan Antibakteria Piawaian Emas...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.