Bila ada perut buncit, memang kurang confident nak bergaya sakan. Bukan apa malu dengan perut buncit yang ketara sampaikan tak tahu nak sorokkan macam mana.
Bagi wanita yang memiliki perut buncit, kamu jangan risau! Wanista boleh bantu sembunyikan perut buncit kamu dengan beberapa gaya ini.
Memang berkesan sangat, nak tahu macam mana caranya lihat beberapa gaya di bawah.
#1 Cuba padankan high waist jeans dengan oversized blazer, jacket atau cardigan. Nak nampak lebih menarik dan bergaya, pakai warna-warna yang gelap atau earth tone.
#2 Kamu juga boleh gunakan kimono yang mempunyai tali di bahagian perut. Bukan sahaja nampak lebih elegan tetapi dapat menutup bahagian perut buncit.
#3 Wajib ada tali pinggang untuk berikan kesan bentuk badan yang lebih ramping. Selain warna hitam dan koko, cuba pilih warna earth tone atau material jeans untuk menyerlahkan lagi penampilan kamu.
#4 Pilih dress yang mempunyai leher berbentuk V dan potongan high waist di bahagian perut. Tujuannya adalah untuk nampakkan bentuk badan yang ramping dan menawan.
#5 Boleh juga pakai kemeja putih yang oversized untuk menutup perut buncit dengan cepat. Elak pakai saiz yang terlaluu besar kerana badan boleh nampak lebih gemuk.
Memang hilang dalam sekelip mata umpama kamu tidak memiliki perut buncit langsung, betul tak?
Kebanyakan barang serta pakaian di atas memang ramai wanita memilikinya. Jadi jangan simpan sahaja di dalam almari, gunakan kesemuanya dengan beberapa gaya yang dikongsi oleh Wanista.
Selamat mencuba!