Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Gugur Jantung Lihat Item Mahal Ini BTS Pakai Dalam MV Butter!

by Mas Idayu
May 24, 2021
Foto - Twitter Bangtan Style

Foto - Twitter Bangtan Style

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

BTS sekali lagi membuatkan peminat lagu dan fesyen di seluruh dunia, tertumpu pada tujuh ahli lagenda yang kacak ini dalam muzik video terbaru mereka ‘Butter’.

Setiap kali BTS mengeluarkan lagu baru impaknya cukup menggegarkan jiwa, bukan itu saja fesyen yang digayakan setiap ahli BTS ini juga mencuri perhatian ramai dengan pelbagai koleksi item yang mahal-mahal dan classy!

Ini antara item mahal yang BTS pakai mencuri tumpuan ramai peminat di seluruh dunia.

BTS Suga – Blazer Tom Ford RM16,682

Foto – Twitter Bangtan Sytle

Dalam muzik video Butter ini BTS Suga menggayakan blazer shelton putih dari jenama Tom Ford yang berharga $4030 atau RM16,682 dan di padankan dengan kasut sneaker putih hitam dari Celine yang berharga $473 atau RM1957.

BTS RM – Jaket Putih Tom Ford RM17,758

Foto – Twitter Bangtan Style

BTS RM memberi aura dan pesona yang berbeza dalam muzik video ini tatkala bergaya santai dengan jaket putih blouson daripada jenama Tom Ford ini dan harganya juga bukan biasa-biasa, ianya bernilai $4290 atau RM17,758 dalam ringgit Malaysia terbeliak mata tengok harga menggunung untuk jaket saja.

BTS JHope – Jam Tangan Audemars Piguet RM230,984

Foto – Twitter Bangtan Style

Siapa sangka jam tangan yang dipakai JHope dalam muzik video Butter ini bernilai $55800 atau RM230,985 dan di padankan dengan dan kasut sneaker dari Tom Ford yang berharga $1530 atau RM6333 untuk seluar dan $890 atau RM3684 untuk kasut.

BTS V – Set Baju Sukan Palm Angels RM3551

Foto – Twitter Bangtan Style

BTS V kelihatan bertenaga dan ceria dengan menggayakan pakaian sukan dalam muzik video Butter, jaket sukan bernilai $490 atau RM2028 dan seluar sukan bernilai $368 atau RM1523 dari jenama Palm Angels ini menonjolkan aura positif buat BTS V.

Dan set pakaian kasual ini dipadankan dengan kasut sneaker bercorak harimau bintang daripada Gucci ini bernilai $630 atau RM2607, memang cukup sepadan!

BTS Jungkook – Blazer Kristal Versace RM22,974

Foto – Twitter Bangtan Style

BTS Jungkook kelihatan kacak dengan menggayakan blazer hitam kristal double-breasted dari jenama Versace, blazer unik ini bernilai $5550 atau RM22,974.

BTS Jimin – Sut Shelton Tom Ford RM14,281

Foto – Twitter Bangtan Style

Manakala BTS Jimin menggayakan sut shelton daripada Tom Ford yang bernilai $3450 atau RM14,281 bersama kaca mata Dior yang bernilai $386 atau RM1597 dan subang unik dari Chrome Hearts yang bernilai $1380 atau RM5720.

BTS Jin – Jam Tangan Emas Putih & Kristal Rolex RM413,950

Foto – Twitter Bangtan Style

BTS Jin yang nampak bersahaja dengan aksesori jam tangan emas putih kristal dari jenama Rolex ini merupakan item termahal dalam muzik video Butter ini. Jam tangan ini bernilai $100,000 atau RM413,950. Manakala kasut yang dipakainya pula dari jenama Ami yang bernilai $520 atau RM2152.

Memang gugur jantung melihat harga barangan yang dipakai oleh ketujuh-tujuh ahli BTS ini, untuk muzik video terbaru ini BTS memang berikan sehabis baik dari segi tatarias dan fesyen.

Terbaiklah BTS!

Tags: btsfesyenitem mahaljhopejiminjinjungkookkoreakpopRMselebritisugav
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Kate Spade
Fesyen

Rasai Musim Panas Kate Spade Cabana Pop Up Di KL Journal Hotel

by IamLisa
May 20, 2022
0

Musim panas mengingatkan kamu pada cuaca panas terik, sandal dan selipar, serta fesyen warna-warni yang ceria dan nipis. Kate Spade...

Baca Lagi
Foto - PUMA
Fesyen

#DIVAReview PUMA Run XX Nitro, 3 Sebab Kenapa Ia Eksklusif Untuk Wanita!

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

Bila sebut tentang kasut larian, DIVA yakin pasti ada yang segelintir individu yang anggap kasut larian semuanya sama. Tak kiralah...

Baca Lagi
Foto - SAMSUNG
Fesyen

Intai SAMSUNG Galaxy Watch4 Classic, Gaya Sporty Jadi Lebih Sofistikated!

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

Jam tangan pintar SAMSUNG Galaxy Watch4 Classic? Sekali pandang memang nampak sangat eksklusif dengan gaya sporty yang sofistikated! Buat yang...

Baca Lagi
Foto - Levi's
Fesyen

5 Individu Berwawasan Bergabung Menerusi Kempen Levi’s The Travelling 501

by IamLisa
May 18, 2022
0

Untuk meraikan masa lalu, sekarang dan depan, Levi's telah berganding tenaga dengan ima indivud berwawasan di Asia Tenggara yang menyerlahkan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.