Memang malu kalau orang lain perhatikan bahagian tumit kaki. Tambah-tambah lagi kalau merekah dan mempunyai kesan hitam. Nampak buruk sangat!
Tumit kaki yang kering akan mudah mengalami pecah-pecah atau merekah dan jika biarkan tanpa dirawat, ia boleh menjadi teruk. Nak jalan pun rasa sakit seperti menyucuk.
Tak tahu cara nak elak daripada tumit merekah atau mahu merawatnya? Cuba ikuti perkongsian wanita ini, hanya guna 2 barang sahaja untuk dapatkan tumit seperti asal.
Garam + limau nipis, hanya perlu 5 minit sahaja!
Menurut Siti Norshafika untuk menghilangkan tumit merekah, dia hanya memerlukan 5 minit sahaja sehari dengan menggunakan 2 bahan dapur iaitu garam dan limau nipis.
(Perhatian: Selain limau nipis, boleh juga guna lemon.)
Untuk merawat tumit merekah, ambil sebiji limau nipis dan potong kepada dua bahagian. Kemudian, ambil setengah sudu makan garam.
Cara-caranya pula adalah seperti berikut:
- Ambil sebelah limau nipis yang dihiris dan lumurkan pada garam.
- Kemudian gosokkan limau nipis yang bercampur garam ke bahagian tumit yang merekah.
- Gosok atau scrub bahagian tersebut selama 3 minit sehingga 5 minit sebelum dibilas dengan air.
Selain itu kamu juga boleh gunakan berus gigi. Caranya adalah perah limau nipis tersebut di atas garam. Sapu campuran garam dan jus limau nipis di atas rekahan tumit dan gosok guna berus gigi.
Langkahnya sama sahaja seperti kamu menggosokkan dengan limau nipis secara terus. Kemudian bilas seperti biasa menggunakan air bersih.
Bagi mendapatkan hasil yang cepat dan berkesan, kamu perlu amalkan petua sekurang-kurangnya dua kali sehari atau sehari sekali (sebelum tidur).
Selamat mencuba!