Siapa sangka bintik-bintik hitam yang menular dan menjalar di muka selama ini sebenarnya bukanlah blackhead, tapi trichostasis spinulosa yang menyerupai bintik hitam jika di lihat pada mata kasar.
Masalah ini sering dialami oleh kaum wanita apatah lagi jika kulit muka wanita tersebut memiliki masalah liang pori yang mudah terbuka dan kerap berminyak, membuatkan trichostasis spinulosa ini boleh tumbuh di dalamnya.
Bintik Hitam Di Muka Itu Trichostasis Spinulosa Bukan Blackhhead
- Foto – iStock
Menurut journal “Trichostasis Spinulosa Comfirmed by Standard Skin Surface Biopsy“, trichostasis spinulosa atau dalam bahasa singkatan dikenali sebagai TS ini sebenarnya merupakan rambut halus yang terperangkap dan tumbuh dalam liang pori.
Dan kemunculan rambut halus ini akan kelihatan seperti blackhead pada pandangan kasar manusia, lalu membuatkan orang ramai menyangka bintik hitam yang muncul itu adalah blackhead tetapi sebenarnya ianya adalah trichostasis spinulosa.
Trichostasis spinulosa ini sering tumbuh di sekitar kawasan pipi, dagu, hidung, dan tulang hidung, rambut atau bulu-bulu halus berwarna hitam ini sebenarnya merupakan salah satu masalah kulit dan perlu ditangani dengan segera.
Bagaimana Nak Hilangkan TS?
@skinbydrazi #duet with @user8qqbx27wmb they’re not #blackheads but trapped #hair #learnontiktok #pores #skincare #foru 
Untuk menghilangkan rambut halus trichostasis spinulosa ini pakar dermatologi yang di kenali sebagai Dr. Azi berkongsi cara bagaimana hendak menghilangkan rambut halus di muka menerusi perkongsianya di akaun TikToknya @skinbydrazi.
Kaedah Menyepit
- Foto – YouTube/JAAD
Menurut Dr.Azi, cara untuk menangani masalah bulu-bulu halus yang terperangkap dan tumbuh dalam liang pori kulit adalah dengan menggunakan kaedah tradisional.
Iaitu dengan menarik bulu halus tersebut menggunakan penyepit, dan menarik keluar bulu-bulu halus di muka secara satu persatu.
Kaedah Laser
- Foto – iStock
Selain itu, Dr. Azi juga mencadangkan bagi wanita yang mempunyai masalah seperti ini boleh mendapatkan bantuan dengan menggunakan kaedah rawatan laser bagi membuang rambut halus yang ada di kulit muka.
Cara ini lebih berkesan dan cepat, bagi menanggalkan ke semua rambut atau bulu-bulu halus yang terperangkap dan tumbuh dalam liang pori di kulit muka wanita.
Jika kamu rasa di muka terlalu banyak sangat bintik hitam, periksa semula kerana boleh jadi ianya bukanlah blackhead tetapi trichostasis spinulosa.