Krim pelindung kulit 100% mineral dan tipis yang memberikan perlindungan SPF30 sambil membantu melindungi dari cahaya biru dan kulit!
Sinaran cahaya biru atau blue light sama bahayanya dengan sinaran UV. Ini kerana blue light ada di mana-mana saja, cahaya datang daripada lampu, komputer malah telefon pintar kamu.
Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan pelindungan secukupnya agar kulit terhindar dari radikal bebas yang merosakkan kulit.
Supergoop Mineral Sheerscreen Kegemaran Setiap Wanita
Formula sheerscreen dibuat untuk semua jenis kulit, sama ada sensitif, normal kepada kombinasi dan berminyak hingga yang berjerawat.
- Foto – Supergoop
Sheerscreen adalah krim pelindung matahari mineral 100% dibuat dengan zink oksida bukan nano yang menenangkan kulit. Kedua-duanya meninggalkan kemasan yang sepenuhnya semula jadi, sangat ringan dan multitask sebagai primer + SPF!
Krim ini terdiri daripada serbuk putih kecil, yang menjadikannya mustahil untuk kelihatan. Tekstur ringan dan tipis bila dipakai tidak seperti SPF mineral yang lain.
Formula Dengan Ramuan Terbaik
- Foto – Supergoop
- Squalane – Menjadikan kulit lembut tanpa sisa berminyak
- Aloe Leaf Juice – Bantu memberikan khasiat pelembab yang menghaluskan kulit
- Bush Clover Extract – Membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh cahaya biru
- Sheermatrix Technology – Formula untuk ‘meregangkan’ menjadi sangat ringan tanpa menjejaskan keberkesanan
Cara Guna Sheerscreen
Apply secara meneyeluruh ke rajah sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit, sebelum mekap dan 15 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari. Topup sekurang-kurangnya setiap 2 jam untuk perlindungan maksima.
- Foto – Supergoop
Memberikan kemasan satin menjadi sheerscreen terbaik untuk setiap wanita. Dapatkan pada harga RM155 di Sephora sekarang.