Bayangkan aktres yang dah menjangkau usia 55 tahun tapi masih kekal nampak fit, bertenaga, dan masih kelihatan cantik jelita pasti akan membuatkan sesiapa saja berasa terpukau dan ingin mengetahui rahsianya bukan?
Itulah yang sering di kali peminat Elizabeth Hurley ucapkan kepadanya, aktres jelita yang sudah berusia 55 tahun ini masih kelihatan bergetah seperti di zaman anak daranya.
Jalani Kehidupan Yang Sihat
- Foto – Instagram @elizabethhurley1
Dipetik dari Women’s Health, Elizabeth berkongsi bagaimana dirinya menjaga kecantikan diri dengan caranya yang tersendiri. Menurut aktres jelita ini, diri mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menjaga kesihatan badan dalaman dan luaran.
Dengan menjalani kehidupan yang sihat, aktres ini mengakui ia merupakan rahsia besar dalam hidupnya bagaimana ia dapat membantu pelakon dan model terkenal ini mengekalkan tubuh badan yang sihat dan wajah yang awet muda.
Elak Makan Makanan Dan Minuman Mengandungi Kimia Dan Penyedap Rasa
- Foto – Instagram @elizabethhurley1
Elizabeth juga menyatakan dengan menjalani kehidupan yang sihat sahaja tidak cukup untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga, justeru itu dirinya akan mengamalkan pemakanan yang sihat dan elak makan makanan dan minuman yang mengandungi bahan kimia dan penyedap rasa.
Penting untuk elakkan jenis makanan dan minuman seperti ini jika ingin menjaga bentuk badan dan wajah, dan Elizabeth sendiri sangat menitik beratkan bab pemakanan untuk menjaga bentuk badan dan wajahnya agar tidak cepat kelihatan dimamah usia.
Senaman Kunci Badan Kekal Fit
- Foto – Instagram @elizabethhurley1
Untuk mendapatkan bentuk badan yang bergetah dan hot bukan mudah dan ianya tidak boleh bergantung pada pengamalan diet pemakanan semata, sebab itu Elizabeth akan memastikan dirinya untuk sentiasa bersenam dan kerap melakukan aktiviti bagi mengeluarkan peluh.
Antara senaman dan aktiviti yang sering dilakukan oleh aktres dan model popular ini adalah:
- Jogging
- Berkebun seperti memotong pokok menggunakan gergaji rantai
- Bersenam menggunakan dumbbell
- Melakukann senaman skuad sambil memberus gigi
- Berjalan bersama haiwan peliharaannya selama 30 minit
- Yoga dan pilates
- Foto – Instagram @elizabethhurley1
Dengan melakukan aktiviti seperti ini setiap hari secara perlahan-lahan, Elizabeth dapat mengekalkan bentuk badan dan kesihatan diri untuk jangka masa yang panjang.
Jadi tidak hairanlah walaupun di usia 55 tahun, wanita ini masih kelihatan muda bergetah dan hot kerana amalan yang dilakukannya memang boleh membuatkan aktres ini kelihatan muda belia!