Tahukah kamu alat sulit wanita sebenarnya mampu membersihkan dirinya sendiri?
Ramai orang menggunakan produk pembersihan wanita, seperti cleanser, wipe, gel, powder, dan macam-macam lagi – dengan harapan dapat membersih dan menyegarkan bahagian intim. Tapi adakah produk ini benar-benar membantu menjaga kesihatan?
Tahap pH kulit adalah 5.5 sedangkan tahap pH pula antara 3,8 dan 4,5, jadi menggunakan sabun pembersih akan mengubah tahap pH faraj.
Kamu Tak Perlu Guna Sebarang Pembersih Wanita
Seperti dijelaskan di awal tadi, alat sulit mampu membersihkan dirinya sendiri. Jadi, kamu tidak perlu menggunakan sebarang sabun pembersih untuk mencucinya, menurut Mayo Clinic.
- Foto – Health
Sekiranya kamu ingin menggunakan sabun, pilih sabun yang tidak wangi, ringan dan tidak berwarna. Sabun wangi dapat merengsakan kulit sensitif di dalam sekitar alat sulit.
Produk-produk pembersihan ini tidak perlu dan berbahaya kerana boleh merengsakan vulva dan faraj.
Ganggu Keseimbangan Bakteria
Dipetik dari American College of Obstetricians and Gynecologists, faraj membersihkan diri dan menjaga kebersihan diri dengan mengekalkan keseimbangan pH yang betul dan membersihkannya dengan rembesan semula jadi.
- Foto – Times
Kesimpulan, apabila kamu menggunakan sabun, semburan, atau gel untuk mencuci faraj, kamu akan menggangu keseimbangan bakteria. Ini boleh mengakibatkan vaginosis bakteria, jangkitan yis, dan kerengsaan lain.
Membilas bahagian luar faraj dengan air suam menggunakan tangan anda. Jangan Jangan menggosok atau menggunakan loofah dan sabun. Sekiranya kamu tidak mengalami gatal, bau busuk, kemerahan dan keputihan adalah normal, ini bermakna faraj kamu baik-baik saja. Tetapi jika sebaliknya, pergi jumpa doktor.
- Foto – Medical News Today
Produk pembersihan yang fancy hanya merosakkan alat sulit kamu.